Hasan Ali rupanya seorang ulama'? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 05, 2012

Hasan Ali rupanya seorang ulama'?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 4 Feb — Adun Gombak Setia, Datuk Hasan Ali hari ini membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Majlis Syura Ulama PAS berkenaan pemecatannya yang dibuat parti Islam tersebut pada 8 Januari lalu.

"Selepas mengambil kira pandangan-pandangan alim ulama serta ahli profesional di dalam dan di luar parti, saya mengambil keputusan untuk tidak akan membuat rayuan di atas pemecatan saya yang mana tempoh tamat rayuan tersebut adalah pada 7 Februari ini," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.

Bekas Pesuruhjaya PAS itu membuat keputusan selepas menimbangkan beberapa faktor yang tidak dipersetujuinya seperti penguasaan golongan "parasit" di dalam parti yang memaksa pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi PAS.

Hasan turut menjelaskan, selagi wujud golongan parasit dalam PAS, beliau tidak akan mungkin mempertimbangkan untuk menyertai parti tersebut semula. - TMI.
Elok la pun Dr. Hasan buat keputusan macam tu dan terus dengan JATI dia. Memudahkan dia dan memudahkan PAS.

Mudah bagi dia pasai boleh terus buat 'roadshow' dia dengan tagline Islam Melayu dan Raja (IMR), boleh cakap apa yang dia rasa nak cakap. PAS pulak mudah pasai tak perlu lagi sekali terpaksa susun ayat untuk bagi alasan pasai apa rayuan Dr. Hasan Ali terpaksa ditolak.

Aku sebenarnya bukan nak ulas bab tu tapi nak ulas bab lain dalam laporan MalaysianInsider tu.

MalaysianInsider juga melaporkan:
"Saya menyertai PAS bukan untuk memesongkan PAS, tetapi ingin menambah penglibatan golongan ulama ke dalam parti tersebut," tegasnya lagi. - Ibid.
Ada yang kata Dr. Hasan muka tak malu mengaku diri sebagai ulama' kalau tu maksud Dr. Hasan kata macam tu, memang sah kepala Dr. Hasan dah tak betul, pasainya sebelum ni dia sendiri mengaku dia orang sekular.

Sebelum ni mStar ada melaporkan:
MUAR: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13. - mStar.
Aku rasa dia maksud lain, dia nak bagitau yang dia nak libatkan penglibatan lebih ramai ulama' dalam parti. Masalahnya, sepanjang dia jadi Pesuruhjaya PAS Selangor apa yang dia dah buat untuk tingkatkan penglibatan golongan ulama'. Aku taktau ada ka takdak tapi tak nampak ada usaha besar-besaran ke arah tu.

Tapi kalau ditengok masa dia jadi Ahli Parlimen Parit Buntar, aku boleh bagi pengesahan yang Dr. Hasan Ali hampir langsung tak buat apa-apa untuk tingkatkan penglibatan golongan ulama' dalam PAS Parit Buntar.

Kalau nak kira apa yang dicakap masa kempen, memang macam-macam dia nak buat kat Parit Buntar tapi bila dah menang, habuk pun takdak. Nak ada apanya kalau turun kawasan pun sekali-sekala.

Yang ada pun cuma sekadar buat Program Motivasi untuk budak-budak sekolah, takkan kut usaha macam tu dia nak kata sebagai usaha untuk galakkan penglibatan ulama' dalam parti kut???

Seronok pulak ulas bab Dr. Hasan Ali ni... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...