Mat Sabu: Perubahan pemerintahan bukan matlamat akhir perjuangan rakyat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 10, 2012

Mat Sabu: Perubahan pemerintahan bukan matlamat akhir perjuangan rakyat

Merdekareview melaporkan:
"Saya akui, perubahan pemerintahan itu bukan matlamat akhir perjuangan rakyat. Dia mesti menegakkan justice dan keadilan. Sebab itu saya cukup suka apabila melihat munculnya kumpulan ABU ini," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebelum menambah, bahawa beliau melihat ABU "...boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, mereka juga mampu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat kalau menyeleweng nanti."

Demikianlah penilaian Mohamad Sabu terhadap ABU, singkatan kepada "Asal Bukan UMNO" - satu kempen untuk menolak UMNO-Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Seperti biasa, pemidato terkenal ini tidak lupa mencuit rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat, mendakwa bahawa orang yang berkuasa menunjukkan kecenderungan yang hampir sama, lantas memerlukan pengawasan yang rapi.

"Amar makruf nahi mungkar, sebut senang nak laksana payah!" sindirnya dengan nada berjenaka, mencungkil gelak ketawa kira-kira 150 orang hadirin di bawah pentas, dalam "Forum Kiri: Kebangkitan Dunia Arab: Apa telah terjadi selepas satu tahun?", anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. - MerdekaReview.  
Juga dilaporkan:
Seorang lagi panelis, Hishamuddin Rais mengambil sikap yang lebih sinikal terhadap kebangkitan rakyat yang disifatkan "Arab Spring" oleh media Barat. Beliau cuba mengetengahkan kontradiksi utama di sebalik manifestasi di mana demonstrasi raksasa berlaku, mengaitkan kepentingan Amerika Syarikat dalam pergolakan ini. Malah, untuk beliau, pertukaran kerajaan hanya pertukaran sekumpulan pelawak yang baru untuk berkuasa, tanpa perubahan dari segi struktur.

Mat Sabu (gambar kanan) bersetuju dengan sebahagian pengamatan itu, bahawa ada kalanya kebangkitan rakyat itu di-hijack oleh sesetengah pihak. Malah beliau sempat bergurau dengan merujuk apa yang berlaku di Malaysia, di mana secara tiba-tiba bekas menteri datang dan mengakui dirinya pun ABU, malah mengutuk UMNO lebih kuat daripada pembangkang.

Bagaimanapun, beliau cuba melihat ciri-ciri positif daripada apa yang berlaku di Timur Tengah setahun yang lalu, satu perjuangan untuk mendaulatkan keadilan, dan sekurang-kurangnya rakyat negara berkenaan telah keluar dari alam diktator yang teruk selama 50 tahun sebelum ini.

"Memanglah kita ada satu idealistik yang kita perlu capai, tetapi dalam konteks perjuangan, kalau kita tidak dapat semua, jangan kita tinggal semua," kata Mat Sabu. - Ibid.
Aku cukup setuju dengan pandangan Hishamuddin Rais tu. Bila Umno BN jatuh nanti dan digantikan dengan Pakatan Rakyat, tak bermakna semua masalah akan selesai.

Pasainya masalah yang semacam sengaja diujudkan oleh Umno BN selama ni untuk pastikan depa terus berkuasa terutama sekali isu rasuah sudah cukup berakar. Bukan boleh mudah-mudah masalah macam isu rasuah nak boleh selesai dengan tukar parti yang memerintah.

Kalau takdak kesungguhan dan keazaman yang jitu, masalah yang dah jadi semacam barah tu cukup sukar untuk dibendung. Tambah-tambah pulak kalau yang berlaku cuma peralihan kuasa tanpa perubahan sistem.

Apa pun, rakyat boleh sikit menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat berdasarkan pengalaman PAS memerintah Kelantan. Walaupun dah memerintah lebih 20 tahun belum ada satu pun kes yang disabitkan atas kesalahan rasuah.

Walaupun ramai yang meragui ketelusan dan integriti SPRM tapi rasanya dalam kes Kelantan kita boleh harap kepada SPRM pasainya SPRM di bawah kuasa persekutuan yang dikuasai Umno BN, dah tentu la Umno BN akan pastikan kalau ada kes rasuah di Kelantan SPRM akan dipastikan bertindak walau sekecil mana pun kes tu.

Bila pendakwaan pun takdak maknanya memang Kelantan boleh dikata sebagai bersih dari rasuah. Yang ada pun cuma macam kes "skandal kek Ariffahmi" yang sampai sekarang tak didakwa pun.

Berbanding dengan Kerajaan Pusat, walaupun ada kes yang bertaraf mega macam PKFZ yang berbillion ringgit sampai sekarang pun nampak macam tak ada kes.

Macam tu jugak negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, walaupun belum sampai sepenggal tapi setakat ni belum ada yang disabitkan dengan kes rasuah.

Cuma sehari dua ni bising sikit pasai kes 2 Adun PKR di Selangor yang dituduh terlibat dalam kes pasit. Tu pun katanya SPRM dah buat siasatan lama sebelum ni, kalau betul ada kes pasai apa SPRM tak dakwa depa pun.

Bukan la aku nak membela 2 Adun PKR tu, tapi nampak sangat kes tu ditimbulkan balik semata-mata untuk jadi senjata dalam pilihanraya. Kalau tak, pasai apa bila dah dekat nak pilihanraya macam ni baru ditimbulkan balik kes tu.

Aku yakin ini memang projek untuk pilihanraya, pasainya kalau didakwa pun, kes ni takkan selesai sebelum PRU13. Bersalah atau tak tak penting yang penting imej kerajaan negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat dah berjaya dicalar sempena PRU13.

Betul macam Mat Sabu kata, Pakatan Rakyat memang tak ideal tapi sekurang-kurangnya insyaallah jauh lebih baik dari Umno BN.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...