KUALA LUMPUR, 10 Feb: Tindakan kerajaan Umno menyertai sekatan dagang terhadap Iran sambil menjadi rakan dagang penting Israel adalah identiti sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Itulah identiti sebenar Najib dan Umno. Di hadapan rakyat beragama Islam mereka bercakap tentang Islam. Di belakang rakyat beragama Islam, mereka jadi rakan dagang penting Israel.
"Bukan setakat itu sahaja, kerajaan Najib dan Umno juga menjadi pecacai Israel apabila menyertai sekatan dagang terhadap Iran," katanya.
Bagi Mohamad, apa yang berlaku itu tidak sedikit pun memeranjatkan walaupun mencabar dan mencalar maruah umat Islam di negara ini.
"Selama ini pun, siapakah di hadapan umum bertempik kononnya sebagai pejuang Melayu dan mengapi-apikan perkauman tetapi pada masa yang sama menjadi pecacai tauke-tauke termasuk tauke judi yang menjadi tempat mereka mengemis rasuah.
"Semua orang yang mengikuti perkembangan politik negara ini tahu perkara itu," kata beliau. - Mkini.
Itulah masalahnya, pauk-puak pengundi Umno ni bukan tak pernah dengar benda-benda macam ni. Malah terlalu banyak keburukan tindakan pemimpin Umno yang PAS dah dedahkan sejak lebih 50 tahun dulu..
Ada 3 golongan, golongan yang pertama jenis langsung takmau dengar apa yang orang lain kata, tambah-tambah kalau pemimpin PAS yang kata. Puak-puak jenis ni bukan saja anggap PAS menyeleweng malah ada yang menganggap orang yang macam TG Nik Aziz tu pun langsung tak boleh pakai, dah menyeleweng malah ada yang sanggup kata kafir.
Aku pernah ada sorang member bagitau yang orang Umno larang dia pi dengar ceramah PAS "Nanti hangpa kena pukau dan jadi sesat macam depa." Puak-puak macam ni kalau nak boleh kalih sokong PAS pun nak kena terjadi sesuatu kat depa. Bila dah kena atas kepala depa barulah kut depa boleh fikir.
Satu lagi puak jenis yang selalu dengar dakwaan macam yang Mat Sabu kata tu. Masalahnya jenis puak-puak ni kalaupun tak masuk telinga kanan keluar telinga kiri, akan terus anggap apa saja yang keluar dari mulut orang PAS sebagai pembohong, mengarut dan nak mengata kat orang. Bagi puak-puak jenis ni mungkin depa anggap pemimpin Umno tu maksum kut.
Puak-puak macam ni pun memang tak boleh buat apa sangat. Berhujjah dengan depa pun tak guna pasainya hujjah balas depa bukan saja tak relevan malah lebih kepada nak menyakitkan hati. Puak-puak ni bukan peduli adab berhujjah.
Lagi satu pulak puak-puak yang langsung tak ambil kisah pasai politik. Depa cuma fikir untuk cari makan. Buat la apa pun, puak-puak ni buat taktau saja. Sampai hari mengundi depa ni akan terus undi Umno.
Cuma yang positifnya, jumlah tiga golongan ni dah semakin berkurang. Kalau dulu memang ramai tapi dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin canggih dan jugak tahap pendidikan masyarakat yang semakin baik, golongan-golongan ni dah semakin berkurang. Kebanyakkanya cuma ada dalam saluran satu.
Yang ramai sekarang ni golongan atas pagar, atau istilah yang lebih komtemporari, Third Force. Aku cukup tak setuju kalau kita kata golongan atas pagar ni jenih yang takdak pendirian. Kalau dulu-dulu mungkin betul tapi dalam zaman internet ni kebanyakkan dari golongan atas pagar ni adalah golongan yang bermaklumat dan berpendirian berdasarkan maklumat yang depa dapat. Golongan ni biasanya akan lebih mudah untuk cenderung kepada status quo.
Masalahnya sekarang ni, macamana kita nak pastikan golongan ni dapat maklumat yang betul dari persepsi kita yang nak kita sampaikan.
Aku yakin, kalau depa dapat maklumat yang betul dan berjurus, insyaallah depa akan sokong Pakatan Ramyat. Atau sekurang-kurangnya depa takkan sanggup lagi untuk terus undi Umno BN atau dalam istilah yang semakin popular sekarang ni, Asal Bukan Umno (ABU).
Imej cilok dari Penarikbeca |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis