KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider. - Hrkh.
Sekali sekala bila Mufti Perak ni bukak mulut, ok jugak. ambah-tambah sampai tahap berani belasah Najib, memang patut kita ucapkan tahniah.
Mungkin kut dia pun dah serabut perut dengan aksi Najib ni, mungkin dia rasa macam Najib khianati usaha dia selama ni untuk bela Umno BN terutama sejak krisis perlembagaan di Perak bila Umno BN rampas kuasa melalui cara tak demokratik.
Cumanya yang aku mushkil sikit bila dia dilaporkan berkata:
Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka. - Ibid.Takkan kut wartawan Harakah pun boleh silap petik pulak kut.
Sejak bila pulak "kita" tak boleh sambut perayaan kaum lain. Yang aku faham selama ni kalau perayaan kaum takdak masaalah untuk kita sambut sambut selagi takdak perbuatan yang syirik dalam sambutan tu.
Contohnya macam perayaan Tahun Baru Cina atau pesta Ponggal. Dua perayaan ni adalah perayaan adat. Kalau dibuang upacara yang melibatkan sembahan kepada tuhan depa takdak masalah untuk "kita" sama-sama merayakan. Tambah-tambah lagi untuk orang Islam yang berbangsa Cina dan India. Depa masuk Islam bukan masuk melayu.
Lagi satu, sejak bila pulak ada larangan untuk hadir ke rumah ibadat orang bukan Islam. Sekadar untuk hadir takdak masalah. Tambah pulak depa sebagai rakyat negara ni, sebagai pemimpin takkan untuk ambil tau berkenaan rumah ibadat depa pun tak boleh. Lebih dari tu, depa bukan pembayar jizyah tapi pembayar cukai yang tetap berhak untuk dapat peruntukan dari hasil cukai tu.
Aku harap mufti Perak boleh buat pencarahan balik kenyataan dia ni, jangan sampai jadi fitnah lain pulak. Taktau la pulak kalau dia saja buat kenyataan tu untuk dijadikan peluru atau perisai untuk Umno BN di masa depan.
[Imej kat atas tu sekadar hiasan yang boleh jumpa banyak kalau digoogle, mungkin manifestasi kemarahan orang Islam dengan perlakuan Najib selama ni.]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis