Apa yang buat Mat Sabu berkenan kat Zaid Ibrahim? (Sambungan) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 08, 2012

Apa yang buat Mat Sabu berkenan kat Zaid Ibrahim? (Sambungan)

Dalam posting sebelum ni dengan tajuk sama "Apa yang buat Mat Sabu berkenan kat Zaid?" aku dah ulas sikit apa rasional Mat Sabu keluarkan kenyataan tersebut. Kalau tak baca lagi elok baca dulu posting aku tu.

Dalam posting ni aku nak tambah lagi sikit pasai apa "PAS perlu bincang" kalau ada permohonan untuk Zaid bartanding atas tiket PAS.

Semua sedia maklum yang penyokong Zaid Ibrahim dan ahli parti Kita majoritinya adalah orang melayu dan jugak semua orang sedia maklum PAS pulak sangat-sangat mengharapkan undi orang melayu untuk dapatkan target sekurang-kurangnya menang 60 kerusi.

Kebanyakkan kerusi yang termasuk dalam target 60 kerusi tu adalah kawasan majoriti pengundi melayu yang memang Umno kuat. Bukan calang-calang kuat, majoriti undi beribu-ribu.

Kalau PAS boleh menang pun masa PRU13 nanti aku yakin calon PAS cuma akan menang dengan majoriti yang sangat kecil dan pengundi macam penyokong Zaid Ibrahim dan ahli parti Kita (Akim) mungkin jadi undi penentu kepada kemenangan calon PAS tu.

Macam contohnya isu Dr. Hasan Ali dipecat dan buat roadshow seluruh negara. Aku yakin sekurang-kurangnya dengan masalah kemuncup yang Dr. Hasan Ali bawak tu PAS akan sedikit sebanyak kehilangan  'bakal' pengundi.

Mungkin dengan meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon atas tiket PAS di Parlimen Kota Bharu, penyokong dan ahli parti Kita di tempat lain tanpa berbelah bahagi akan undi calon PAS di tempat depa.

Dengan margin majoriti yang tipis, PAS memang mengharapkan undi melayu walaupun satu undi.

Apa pun, aku harap PAS akan buat pengiraan terpeinci dalam bab undi ni. Pasainya isu Zaid Ibrahim ni kemungkinan besar jugak boleh buat undi kepada PAS lari. Mungkin jugak akan ada orang yang dah berhasrat sebelum ni untuk undi calon PAS akan berpaling dan mengundi calon BN pasai tak setuju PAS bagi kerusi kepada Zaid Ibrahim.

Tambah-tambah pulak Zaid Ibrahim bermasalah dengan PKR termasuk dengan Anwar Ibrahim yang disanjung ramai sampai ada yang anggap dia Anwar sebagai 'anugerah tuhan', mungkin akan menyebabkan calon PAS ditempat-tempat lain kehilangan sikit sebanyak undi simpati. Macam aku tulis tadi, satu undi pun amat bermakna kepada calon PAS untuk PRU13 nanti.

Aku ada juga tanya kat member aku orang kuat Mat Sabu yang aku telefon semalam tu, takdak kemungkinan ka Zaid Ibrahim akan jadi macam Ibrahim Ali kalau menang nanti.

Member tu kata, kalau nak kira macam tu, dalam kalangan calon PAS sendiri pun kita tak boleh kata 100% takkan lompat. 13 tahun dulu masa  Dr. Hasan Ali nak jadi calon PAS untuk kerusi Parlimen Parit Buntar, sapa yang sangka dia akan jadi macam sekarang ni? Pasai tu la "PAS perlu berbincang..."

Pasai tu la aku kata tindakan Mat Sabu tu adalah tindakan politik yang cukup bijak.

Apa pun, Mat Sabu dijadualkan akan berceramah di Dataran Purnama Kampung Kedah, Parit Buntar hari Ahad malam Isnin 12 Februari nanti. Aku mungkin tak 'langgar' Mat Sabu malam tu, tapi insyaallah aku akan tanya isu tu kat Mat Sabu sendiri.

Tu pun kalau aku rajin pi jumpa dia, pasainya bab nak mengendeng pimpinan ni aku tak berapa rajin, lain la kalau dia sendiri yang tanya "mana Cenangau?" macam Salahuddin Ayob buat hari tu... Hahaha...

[Gambar aku cilok dari AMP Pendang]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...