Kontroversi Kedah: Kena tunggu Mesyuarat Khas 1 Mac | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 29, 2012

Kontroversi Kedah: Kena tunggu Mesyuarat Khas 1 Mac

Kontroversi perlantikan Exco Kedah 2012 nampaknya semakin dapat diselesaikan. Yang keruh makin dapat  dibuang dan yang jernih semakin boleh diambil.

Semalam perlantikan 8 orang exco yang dilantik semula berjalan dengan lancar dan katanya baki dua orang exco lagi akan dilantik pada 7 Mac. Cuma yang belum pasti lagi sama ada dua orang lagi exco lama akan dilantik semula ataupun akan diganti dengan orang lain.

Kemelut tu aku sangat yakin akan dapat diselesaikan bila Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat yang dijadual akan diadakan pada esok 1 Mac.  
mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Apa pun, YB Pahrolrazi katanya bersetuju untuk terima semula jawatan exco kalau diarahkan oleh PAS Pusat tapi dengan beberapa syarat. Bagaimana pun dia juga menafikan yang dia mengetuai gerakan untuk singkirkan Ust Azizan sebagai MB.

Ust Azizan pulak bagitau yang dia takdak masalah dengan Ir Pahrulrazi dan Dr. Ismail dan takdak masalah kalau depa berdua setuju terima jawatan Exco tu.

Cumanya aku nampak kalau setakat 'arahan PAS Pusat' masalah sebenar kemelut di Kedah tu mungkin tak selesai. Yang penting sekali sekarang ni terutamanya dalam keadaan PRU13 yang dah dekat sangat ni.

Patutnya masalah sebenar diselesaikan, bukan sekadar menyelesaikan masalah perlantikan Exco Kedah 2012 yang dah cetuskan kontroversi tu.

Apa pun, yang positifnya, PAS Kedah secara keseluruhannya tak terjejas pun. Pasainya aktivis dan penggerak PAS di peringkat akar umbi tak terlibat dalam kemelut ni.

Depa tak peduli pun sapa yang dilantik sebagai exco tapi yang perntingnya exco yang dilantik tu boleh berperanan sebaiknya untuk negeri kedah dan dalam masa yang sama boleh bagi kelebihan kepada PAS Kedah.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...