Kalau setakat jawatan Naib Presiden boleh la jugak kira bicara pasai sekarang pun ada tiga orang, mungkin tak berapa ada masalah kalau tambah lagi sorang Naib Presiden.
Tapi takkan kut nak tambah Timbalan Presiden jadi lebih dari seorang, nampak langsung tak sesuai. Pasainya Timbalan tu tugas utama dia adalah membantu presiden dan tugas kedua dia adalah adalah memangku jawatan Presiden kalau ada apa-apa terjadi kepada Presiden.
Tak logik langsung jawatan Presiden sebuah parti Islam dipangku oleh seorang yang bukan Islam.
Yang aku tak fahamnya, apa yang persepsi yang Dr.Dzul cuba nak tanam sampai terpaksa cakap sampai macam tu aku pun tak faham. Aku tak faham pasai apa Dr. Dzul cakap benda yang langsung takdak keperluan dengan keadaan semasa. Dah la takdak keperluan, tak logik pulak tu.
Pasai apa pulak PAS perlu fikirkan kemungkinan jadi terbuka sampai macam tu sedangkan dalam keadaan macam sekarang ni pun sokongan orang bukan Islam kepada PAS dah cukup tinggi.
PAS tak berapa perlu sangat sokongan tambahan dari orang bukan Islam tapi yang lebih PAS perlukan adalah sokongan dari orang melayu Islam. Yang jelasnya cadangan Dr. Dzul tu takkan boleh menambah sokongan orang melayu Islam kepada PAS malah lebih ke arah mengurangkan sokongan orang melayu Islam kepada PAS.
Apa pun, itu cuma laporan dari MalaysianInsider dan aku harap sangat kenyataan yang katanya dari Dr. Dzul tu disalah petik.
Malaysian Insider melaporkan:
[Sumber: TMI] |
Updated
Laporan mStar kat bawah ni mungkin lebih tepat berbanding laporan TMI kat atas tu untuk menilai asal usul idea yang terlalu radikal ni.
[Sumber: mStar] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis