Dr. Badrul Amin tertipu dengan pihak istana? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Februari 29, 2012

Dr. Badrul Amin tertipu dengan pihak istana?

Dr. Badrul Amin ceramah
Terkejut jugak aku bila baca laporan yang kata Dr. Badrul Amin boleh bagitau dalam ceramah pertama dia selepas red handed berkhalwat di Kuantan, yang Tengku Mahkota Pahang nak tolong dia dalam kes dia.

Tak percaya sungguh aku Dr. Badrul Amin yang kata dia diperangkap khalwat tu boleh yakin yang orang istana Pahang tu sanggup nak tolong dia. Konon sebab dia rapat dengan Tengku Abdullah tu.

Takkan la Ahli Majlis Tertinggi PKR ni macam tu punya naif. Langsung tak logik orang istana macam Tengku Abdullah tu sanggp nak 'mencemar dulu' tolong ahli politik pembangkang, dalam kes khalwat pulak tu.
Takkan la Tengku Abddullah sanggup nak malukan diri dia di mata pemimpin Umno yang selama ni banyak 'berjasa' kepada keluarga dia. Lagi pun, apa untung yang orang istana ni boleh dapat kalau tolong orang macam Dr. Badrul Amin. Lain la kalau Dr. Badrul Amin tu orang kuat Umno Pahang...

Laporan SinarHarian semalam mengesahkan dakwaan Dr. Badrul Amin tu tak lebih sekadar imaginasi dia saja kut, yang hampir mustahil jadi realiti. Tambah-tambah dalam keadaan PRU13 dah dekat sangat dah ni.

SinarHarian melaporkan:

SinarHarian isu khalwat Badrul Amin dan Tengku Abdullah
[Sumber: SinarHarian]
Apa pun, aku setuju sangat kalau Dr. Badrul Amin bercuti dari politik, bersara terus pun takpa. Aku rasa dia lebih sesuai jadi ahli akademik dari jadi ahli politik.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...