KUALA LUMPUR 16 Feb. - Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa hari ini setelah diwartakan pada 13 Feb lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Beliau berkata, SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.
"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum ‘order’ lagi,” katanya semasa diwawancara oleh hos Suhaimi Mohammad dalam program “Dialog” yang bertajuk “Daftar dan Undi" yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 di sini malam semalam.
"Untuk ‘order’ (dakwat kekal) tidak lama, dua minggu sahaja. Maknanya dari segi persediaan kita dari segi kotak, botol, penutup botol, sudah dalam proses,” kata Abdul Aziz.
Beliau berkata, dakwat itu akan dipesan sebaik pembubaran Parlimen diumumkan. - BERNAMA.
Akhirnya kerajaan akur jugak dengan tuntutan BERSIH 3.0.
Walaupun kerajaan telah, sedang dan akan buat macam-macam untuk halang demonstrasi jalanan tapi mau tak mau, kerajaan terpaksa mengiktiraf kehebatan suara rakyat melalui demonstrasi jalanan.
Walaupun banyak lagi tuntutan BERSIH 2.0 yang belum ditunaikan, tapi penggunaan dakwat kekal ni boleh jadi alasan pasai apa himpunan rakyat macam BERSIH 2.0 tu wajar dilakukan bila kerajaan buat-buat tak dengar, buat tak peduli dengan kemahuan rakyat.
Aku harap cadangan untuk gerakkan BERSIH 3.0 sebaik saja perlimen dibubarkan masih lagi valid. Aku harap takdak ahli politik Pakatan Rakyat yang akan bertindak celaka, menggagalkan cadangan tu.
Maklum la, Himpunan BERSIH 3.0 tu memungkinkan macam-macam perkara termasuk menghapuskan kelayakan seseorang untuk jadi calon kalau ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000.
Aku harap sangat BERSIH 3.0 tetap jadi walau apa pun yang terjadi. Aku harap ABU boleh ambil himpunan BERSIH 3.0 sebagai sebahagian dari tuntutan ABU.
Cumanya bab dakwat kekal ni, jadi mushkil aku bila Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan warna dakwat kekal yang berbeza bagi undian awal dan undian biasa di dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.[Kredit imej: Otai Manjung]
Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di dalam Sinar Harian hari ini yang beranggapan dengan pembezaan warna dakwat kekal itu akan dapat mempastikan kelancaran proses pengendalian pilihanraya yang telus, bebas serta bersih sepenuhnya.
“Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap menolak penggunaan dakwat yang berbeza untuk pengundian pada kali ini kerana masih ada ruang-ruang untuk manipulasi penipuan akan berlaku sekiranya penggunaan dakwat berbeza ini dilaksanakan,” katanya kepada Harakahdaily.
Contohnya, kata beliau sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mendedahkan bahawa ada dalam kalangan pengundi pos dari kalangan penjawat awam seperti tentera dan polis serta lain-lain juga mempunyai kelayakan untuk mengundi sebagai pengundi awam kerana mereka mempunyai dua pengenalan diri.
Tambahnya, penggunaan dakwat yang berbeza masih lagi tidak akan menyelesaikan masalah pengundi yang berganda - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis