Cukup cantik untuk orang belah pantai timur terutamanya sebagai persediaan untuk himpunan BERSIH 3.0 yang tentunya akan diadakan secara jalanan tak lama lagi.
Lagi cantik kalau ada FRU buat rodblock siap dengan water canon dan pasukan penembak gas pemedih mata.
Sebelum ni dilaporkan Najib dan Adnan Yaakob macam tak peduli sangat dengan himpunan tu. Mungkin jugak kot sebelum ni depa dok agak Himpunan Hijau 2.0 tu takkan dapat sambutan. Depa yakin berdasarkan himpunan Lynas sebelum-sebelum ni, himpunan kali ni pun takkan ramai yang akan berhimpun.
Tapi lepas depa tengok ada arahan rasmi dari PAS supaya ahli dan penyokong PAS turun ke himpunan tu, mungkin depa dah rasa cuak. Mungkin depa takut sambutan macam Himpunan BERSIH 2.0 tahun lepas. Pasai tu la kut tiba-tiba padang tu dipagar.
Keadilan daily melaporkan:
KUANTAN 23 Feb: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh percaya ada tangan tersembunyi di sebalik tindakan memagar tapak himpunan Hijau 2.0, bertujuan menghalang bantahan loji memproses nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).Sebelum ni Malaysiakini melaporkan:
Dalam satu kenyataan, Fuziah berkata, padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), mula dipagar pihak berkuasa secara tergesa-gesa bagi menghalang himpunan tersebut yang bakal berlangsung di lokasi itu, Ahad ini.
“MPK bertindak seperti yang tidak sepatutnya, yang menggambarkan seolah-olah tindakan terdesak sesetengah pihak yang dipercayai di belakang kerajaan negeri.
“Dua hari lalu, notis memaklumkan MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang berkenaan dan hari ini, ini pula,” katanya.
Menurutnya, beliau telah menghubungi pejabat MPK dan dimaklumkan pagar berkenaan didirikan kononnya bagi menaik-taraf padang MPK1 untuk acara SUKMA yang dijadualkan pada Julai 2012. - Keadilandaily.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan kelulusan tersirat berhubung perhimpunan besar-besaran rakyat yang membantah tindakan kerajaan membenarkan Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) membina pusat memproses nadir bumi di Gebeng pada 26 Februari ini.Sebelum tu Harakahdaily ada melaporkan:
Ditanya sama ada kerajaan akan bertindak terhadap penganjur perhimpunan berkenaan yang dijadualkan di di Kuantan, Najib berkata:
"Mengapa kita harus bertindak terhadap perhimpunan itu? Setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun," katanya. - Mkini.
Adnan pula dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar, berkata Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran dan menyambut mereka (peserta) dengan tangan terbuka kerana ia dianggap pelancongan dan akan menambahkan sumber pendapatan peniaga dan pengusaha hotel di bandar ini.Apa pun, kepada semua kaki demonstrasi, selamat berhimpun. Moga-moga ada pancutan air kimia dan pemedih mata Ahad ni. Aku tau ramai yang dah ketagih sangat nak rasa air kimia dan gas pemedih mata tu.
“Mustahil mereka yang datang tidak berbelanja, makan dan menginap di hotel di sini, jadi ia boleh meningkatkan pendapatan golongan peniaga.
“Kalau boleh, kita galakkan lebih ramai yang datang, lebih ramai lebih bagus, iaitu jadikan ia seramai 30,000 orang datang ke perhimpunan tersebut,” katanya sebagaimana disiarkan media.
Adnan mengakui negara ini adalah negara demokrasi dan menerima daripada mana mereka yang datang asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman orang ramai.
“Lagipun ramai orang suka datang ke sini (Kuantan), cuacanya baik, polis baik tak tangkap orang, ada pantai. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis