BERSIH 3.0 selepas parlimen dibubarkan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, November 26, 2011

BERSIH 3.0 selepas parlimen dibubarkan?


MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 26 Nov — Kabinet telah memberi lampu hijau untuk meminda tujuh peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua kelmarin.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Kuala Kangsar hari ini “di mana kita telah memaklumkan kepada Pejabat Peguam negara iaitu rang undang-undang ini apabila dibahas hendaklah diberikan juga kesempatan membuat pindaan…pemindaan setelah bacaan kali pertama dibuat dan dilihat dan dikaji oleh ahli-ahli Parlimen dan kalau sekiranya perlu ada pindaan yang dibuat maka ini hendaklah diberikan…pejabat Peguam Negara akur dengan kehendak jemaah menteri,” katanya.

Rang undang-undang itu yang digubal ekoran keputusan pentadbiran Najib memansuhkan Seksyen 27 Akta Polis mendapat kritikan banyak pihak termasuk pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan. - TMI.
Juga dilaporkan:
Perubahan pendirian pentadbiran Najib itu, secara tiba-tiba dipercayai akibat tekanan pelbagai, diambil empat hari selepas ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama dan sehari selepas bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Tekanan dan kecaman berhubung rang undang-undang itu meningkat dan pengamal-pengamal perundangan dijangka mengadakan protes berkenaan minggu depan.

Selasa ini, anggota Majlis Peguam bercadang untuk mengadakan kempen Walk for Freedom 2011 membantah rang undang-undang itu dan menyerahkan memorandum syor pindaan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Pihaknya mahu syor pindaan itu dibincangkan di peringkat jawatankuasa pilihan khas Parlimen, idea yang turut dibangkitkan oleh Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham).

Semalam, Suhakam mengemukakan 11 syor kepada pentadbiran Najib agar meminda peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman termasuk mengkaji semula tempoh notis wajib 30 hari atas alasan ia tidak praktikal dengan tujuan perundangan baru itu. - Ibid.
Semalam, Timbalan Presiden PAS mengistiharkan yang PAS bersetuju untuk menggerakkan BERSIH 3.0, satu perhimpunan yang sangat-sangat jelas dan nyata bertentangan dengan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan tu.

Harakahdaily sebelum ni melaporkan:
"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.

"Daripada kenyataan umum, Pakatan bersetuju untuk bersama-sama Bersih 3.0," katanya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat. - Hrkh.
Aku taktau la kalau ada yang fikir Umno BN bersetuju pinda rang undang-undang tu pasai perihatin dengan pandangan rakyat. Aku harap takdak yang bangang sampai macam tu.

Umno BN sebenarnya tak pernah takut kepada rakyat tapi Umno BN cuma berpura-pura takut kepada rakyat pasai takut undi depa merosot masa PRU13 yang memang dah dekat sangat. Depa takut undi tu merosot sampai kuasa depa di putrajaya pun jatuh. Kalau bukan pasai PRU13 yang dah dekat sangat, tak pasai la depa akan sanggup buat tindakan'memalukan' macam ni.

Tak pernah lagi sebelum ni aku rasa Umno BN setuju untuk pinda RUU yang dah masuk Parlimen untuk diluluskan. Tapi keadaan sekarang memang tak pernah serupa macam sebelum-sebelum ni, Umno BN tak pernah takdak kuasa 2/3 di Parlimen kecuali selepas PRU 1969. Tu pun keadaan tak sama pasai berlaku tragedi 13 Mei. Tapi tu cerita lain...

Apa pun, kalau ikut perancangannya, BERSIH 3.0 akan berjalan jugak kalau PRU13 diadakan sebelum semua tuntutan BERSIH 2.0 tak diterima dan dilaksanakan; suatu keadaan yang belum pernah berlaku sebelum-sebelum ni, himpunan demonstrasi politik besar-besaran selepas parlimen dibubarkan.

Persoalannya sekarang ni, setakat mana Undang-undang baru tu akan mempengaruhi penyertaan rakyat masa himpunan BERSIH 3.0 nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...