Macamana boleh NFC beli kondo tanpa kelulusan pengarah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Februari 23, 2012

Macamana boleh NFC beli kondo tanpa kelulusan pengarah?

syatikat anak beranak Shahrizat
Kalau bukan pasai nak buang Shahrizat cerita macam ni takkan timbul punya. Bukan takdak kes-kes penyelewengan dan salah guana kuasa sebelum ni, tapi nampaknya skandal penyelewengan lembu NFC banyak sangat pendedahan.

Kalau nak ikutkan, Shahrizat tak bersalah pasainya nama dia bukan ada dalam syarikat NFC tu, cuma nama suami dan anak-anak dia. Lagi pun, peruntukan atau kelulusan projek tu bukannya dari Kementerian Wanita yang dia pegang tapi kementerian pertanian. Jadinya memang takdak salahlaku atau penyalahgunaan kuasa oleh Shahrizat secara langsung.    
Cumanya dari segi moral memang nampak jelas salah. Ramai yang timbulkan persoalan, kalau bukan pasai Shahrizat tu menteri ada peluang ka syarikat Suani dan anak-anak dia nak dapat kontrak sebesar tu siap dengan pinjaman mudah lagi, dapat jaminan kerajaan pulak tu.

Kalau tengok maklumat terbaru ni, memang jelas sangat maklumat ni dari pihak berkuasa yang tengah menyiasat kes tu. Orang biasa bukannya boleh dapat maklumat rahsia macam tu, cuma orang-orang berkenaan saja yang ada akses.

Malaysiakini melaporkan:
Pelaburan hartanah Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) telah dijalankan tanpa pengetahuan lembaga pengarahnya, akhbar harian Inggeris the Sun melaporkan hari ini.

Menurut laporan muka depan akhbar itu, tiga wakil kerajaan yang menganggotai lembaga itu hanya mengetahui mengenai pembelian beberapa unit kondominium mewah melalui media.

Memetik sumber yang tidak dinamakan tetapi didakwa berkait rapat dengan siasatan yang dijalankan ke atas dakwaan penyelewengan oleh syarikat projek ternakan lembu yang dimiliki oleh keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, the Sun melaporkan bahawa kelulusan lembaga pengarah adalah keperluan berkanun.

"Menurut penyiasat, dokumen yang dirampas dari syarikat itu menunjukkan bahawa tiada resolusi atau usul yang dicadangkan atau diluluskan semasa mesyuarat lembaga. Siasatan dijangka akan selesai dalam beberapa hari lagi," kata sumber itu.

Tiga wakil kerajaan dalam lembaga pengarah NFC adalah Alias Mohd Yassin (Kementerian Pertanian), Manaf Hussein (Kementerian Kewangan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Mat Ali Hassan. - Mkini.
Sebelum ni ada khabar angin yang kata Najib dah suruh Shahrizat letak jawatan tapi Shahrizat degil. Aku sebenarnya tak percaya sangat khabar angin ni, pasainya takkan la Najib lemah sangat sampai macam tu sekali.

Cumanya kalau betul la khabar angin tu, aku tak yakin Shahrizat sanggup tunggu lebih lama lagi kecuali la kalau dia sanggup tengok suami dan anak-anak dia terus dimalukan. Malah mungkin kalau Shahrizat tetap berdegil tak mustahil suami adan anak-anak dia akan dikenakan hukuman pasai penyalahgunaan kuasa.

Takkan kut Shahtizat sanggup nak tengok sampai macam tu kut... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...