Himpunan Hijau 2.0 : Apasal la Fuziah mintak permit polis??? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 24, 2012

Himpunan Hijau 2.0 : Apasal la Fuziah mintak permit polis???

Himpunan Hijau 2.0
Aku cukup tak setuju kita minta permit kat polis kalau nak buat apa-apa aktiviti. Tak kira la permit atau apa pun istilah. Tambah-tambah sebagai parti politik berdaftar, apa perlu kita berdaftar kalau tiap kali nak buat program nak kena minta kebenaran kepada polis.

Masalahnya bila mintak kebenaran dari pihak polis ni polis tentu bagi dengan bersyarat dan pihak kita pulak tentu la terpaksa terima syarat tu kalau nak jugak buat.

Lagi satu, bila kita mintak kebenaran untuk berhimpun dari polis, macam takdak makna la selama ni kita perjuangkan kebebasan untuk berhimpun, siap 'belasah' polis pasai dok guna Akta Polis yang kita anggap zalim.  
Macam program Himpunan Hijau 2.0 tu, Bila mintak kebenaran akhirnya polis bagi kebenaran untuk berhimpun tapi tempat terpaksa diubah.

Aku tak pasti Padang Bandaran MPK4 tu kat mana dan macamana tapi tentu punya kurang 'kondusif' berbanding padang MPK yang dah dipagar tu.  Kalau kat situ lebih 'kondusif' tentu dari awal lagi padang MPK4 tu yang dipilih penganjur.

Ada lagi satu faktor yang paling penting pasai apa kita tak sepatutnya minta permit atau kebenaran untuk berhimpun untuk program macam himpunan Hijau 2.0 ni.

Kalau pihak polis dah bagi kebenaran dan kita pulak berjanji untuk patuh kepada syarat-syarat pihak polis, peluang untuk merasa air kimis dan gas pemedih mata sangat tipis. Kesian kat orang belah pantai timur terutamanya yang dah berangan-angan nak merasa air kimia dan gas pemedih mata tu.

Macam yang aku tulis semalam, cantik sangat dah bila MPK tiba-tiba bubuh pagar padang tu. Aku yakin ramai kaki demonstrasi jagi teruja nak turun bila ada perkembangan macam tu, pasainya kemungkinan untuk merasa air kimia dan gas pemedih mata semakin menningkat.

Apa pun, aku agak 'ada tangan-tangan tersembunyi' yang disebalik tindakan mintak permit polis tu. Pasainya aku yakin ada kalangan ahli politik yang takut nak hadir kalau takdak permit atau kebenaran pihak polis.

Pasainya kalau kena tangkap dan dijatuhkan hukuman, habis la peluang depa nak jadi calon pilihanraya. Kalau dah tak boleh jadi calon pilihanraya camamana nak menang dan jadi YB.. Kalau tak jadi YB manamana nak boleh dilantik jadi Exco atau menteri... Hahaha...

Malaysiakini melaporkan:
Himpunan Hijau 2.0 anti-Lynas Ahad ini akan diadakan di Padang MPK4 - yang terletak di hujung jalan dari tempat asal yang dijadual sebelum ini, di Kuantan.

Padang tersebut, yang juga dikenali sebagai Padang Kemunting yang terletak beberapa ratus meter dari tempat asal, berhampiran Hospital Tengku Ampuan Afzan di Jalan Kuantan-Gambang.

Menurut ahli jawatankuasa pemandunya, Clement Chin (kiri), ia diputuskan selepas perbincangan selama sejam dengan pihak polis Pahang pagi ini.

"Pihak polis bersetuju untuk menyediakan bantuan, kawalan keselamatan dan lalulintas untuk perhimpunan tersebut, mengikut Akta Perhimpunan Awam yang baru," katanya ketika dihubungi.

Menurut Chin, tempat baru itu, "yang hanya di hujung jalan dari padang MPK1", boleh menampung jumlah yang sama dan pada tahun lepas, telah digunakan untuk sambutan perayaan hari Kemerdekaan.. - Mkini.
Turut dilaporkan:
Sementara itu, Bernama melaporkan, ACP Mohd Jasmani sebagai berkata Himpunan Hijau 2.0 boleh diadakan di padang MPK 4 Ahad ini tetapi bersyarat.

"Menerusi perjumpaan dengan penganjur pada 10 pagi tadi, kami telah menjelaskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

"Antaranya perhimpunan itu hanya boleh bercakap mengenai perhimpunan hijau sahaja selain mereka yang hadir tidak boleh membawa senjata dan benda tajam," katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, tempoh untuk mengadakan perhimpunan itu hanya dibenarkan bermula pada 10 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.

Menerusi perjumpaan itu juga, katanya penganjur bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar Kuantan selain mengelak berlaku kesesakan. - Ibid.
Harakahdaily pula melaporkan:
Di bawah akta polis yang baru, kebenaran polis bukan lagi dinamakan permit tetapi kebenaran bertulis polis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dari polis. - Hrkh.
Satu yang aku mushkil pasai apa bila Umno yang buat, tak pulak dinamakan himpunan?

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...