Ceramah tanpa permit : Ada berani? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Ogos 28, 2009

Ceramah tanpa permit : Ada berani?

Aku dah lama memang tak setuju depa mintak permit bila nak buat ceramah kat markaz. Kes Dr. Hatta menang ni bukan kes pertama aku rasa, kalau tak silap aku Bang Mat Sabu pun pernah menang kes macam tu.

Dan memang banyak tempat memang tak mintak permit kalau buat ceramah kat Markaz. Paling-paling pun depa buat makluman ja kat polis, yang lagi 'daring' cuma telefon ja buat makluman kut-kut polis rasa perlu nak tolong jaga lalulintas.

Aku sebenarnya tak paham apa guna mintak permit kat polis. Hujjah biasa aku "Kalau kita mintak lepas tu depa tak bagi, kita kena 'wala'' la pasai bila kita mintak kat polis maknanya kita iktiraf depa."

Lagi satu memang sejak dulu bila mintak permit polis tak pernah bagi keputusan awai permit lulus atau tak. Paling awai pun petang sebelum majlis mula. Yang selalunya lepas habih program 2,3 hari baru kelulusan permit sampai. Baik tak payah mintak.

Lagi satu, permit yang depa lulus tu semua bersyarat, dan depa berkuasa batalkan permit tu serta-merta. Kalau macam tu kaedahnya baik tak payah mintak permit.

Belasah ja buat, kalau depa tak bagi depa akan suruh berenti. Masa tu kita tak payah nak kalut-kalut. Kalau program ceramah malam tu ada pimpinan pusat, kita biar depa buat keputusan, kita serah tanggungjawab tu kat depa, takkan pimpinan pusat pun takut dengan polis.

Bab permit ceramah ni di Parit Buntar memang pernah ada satu kes. Ceramah Bang Mat Sabu kat Markaz Jalan sekolah tahun berapa aku tak ingat tapi lepas PRU1999 la. Malas aku nak cerita detail pasai aku tak pi program tu, tapi dengar cerita teruk la 2, 3 orang kena 'belasah' dengan Mat Sabu malam tu.

Jadinya dengan ada kes ni aku harap Ketua Penerangan Kawasan-kawasan tak takut lagi nak buat ceramah. Tak payah susah-susah nak mintak permit pasai memang tak payah permit kalau buat kat Markaz.

Lagi satu ni la peluang nak buat duit mudah. Pasainya dalam penghakiman kes Dr. Hatta tu, hakim mengarahkan dibayar gantirugi. Maksudnya selain dari kutipan derma jihad, PAS ada peluang nak dapat gantirugi dari dut kerajaan, kan bagus peluang tu.

Jadinya lepas-lepas ni jangan gatai-gatai nak mintak permit lagi. Cukup takat buat surat pemakluman lepas tu fax ja ke Balai Polis yang terdekat. Kalau tak bagitau pun depa pi jugak buat 'liputan'.





Rujukan
  1. Dr Hatta berjaya dalam samannya, polis bersalah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...