Akta Polis bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 27, 2011

Akta Polis bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

Malaysiakini melaporkan:
Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
 
Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.

Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan. - Mkini.  
Ada polis nak heran dengan apa yang Pengerusi SUHAKAM ni kata. SUHAKAM ni kerajaan setuju tubuhkan bukan pasai nak jaga hak asasi manusia macam matlamat penubuhan dia. SUHAKAM ni ditubuhkan cuma nak ujudkan persepsi komonnya kerajaan Malaysia perihatin pasai hak asasi manusia.

Pasai tu la aku tak heran langsung kalau kerajaan langsung tak hormati pandangan SUHAKAM. Semua tu lakonan ja.

Pasainya syor ni bukan baru, syor ni dibuat dalam bulan Oktober tahun 2007. Dah lebih 3 tahun lepas dah. Sampai sekarang kerajaan langsung tak ambil perhatian dengan syor tu.

Yang lebih kuat lagi, syor tu bukan sorang pesuruhjaya Suhakam punya syor tapi syor yang dipersetujui oleh kesemua 18 pesuruhjaya Suhakam pada masa tu.

Syor tu Suhakam buat selepas sorang ditembak masa himpunan di Batu Buruk.

Portal Majlis Peguam pada 10 Oktober 2007 melaporkan:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengesyorkan Seksyen 27 Akta Polis 1997 dipinda bagi memansuhkan syarat mewajibkan permohonan permit atau lesen daripada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan secara aman.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam, berkata cadangan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua 18 Pesuruhjaya Suhakam dalam satu mesyuarat di sini, kelmarin.
- MalaysianBar.
Ada pihak kerajaan peduli? Jangan harap...

Sama jugak la dengan tuntutan bersih, berceramah la sampai berbuih mulut pun, depa sikit pun tak heran, tapi bila BERSIH 2.0 sepakat anjurkan himpunan pada 9 Julai 2010 baru la depa melompat.

Maknanya, puak-puak ni tak paham kalau cakap guna mulut, nak kena berbahasa melalui demonstrasi baru depa ambik perhatian.

Pasai tu la himpunan BERSIH 2.0 perlu diteruskan dan diusahakan supaya berjaya diadakan tak kira apa harga pun yang perlu dibayar.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...