Dr. Mahathir punca sebenar lambakan guru | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 05, 2012

Dr. Mahathir punca sebenar lambakan guru

SinarHarian melaporkan:
BATU PAHAT – Penurunan jumlah pelajar mengambil jurusan Sains menjadi punca berlaku lambakan 13,000 guru subjek Sains dan Matematik di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad berkata, isu berkenaan perlu diteliti bersama kerana punca masalah itu membabitkan bidang kua­sa Kementerian Pelajaran dan Ke­menterian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurutnya, kementerian kini sudah mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan bagi memastikan pengambilan guru seimbang. - SinarHarian.
Inilah masalahnya bila buat dasar tanpa kajian menyeluruh.

Punca sebenar masalah ni pasai Dr. Mahathir laksanakan idea gila dia suruh ajar Matametik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Semua ni salah Dr. Mahathir yang sampai hari ni masih takmau mengaku salah.

Perlaksanaan PPSMI tu dibuat tanpa kajian menyeluruh, nak jugak laksanakan PPSMI walaupun ramai pakar pendidikan yang menentang dasar tu. Yang paling depa tak setuju pasai takdak bukti yang kata kalau belajar Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris tu boleh meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama meningkatkan penguasaan matematik dan sains.

Dr. Mahathir rasa dia hebat sangat, apa yang dia fikir dia rasa elok untuk semua orang. Memang la dia masa tu sebagai Perdana Menteri ada kuasa eksekutif tapi kalau dah sampai tahap majoriti ahli akademik tak setuju tentu ada sesuatu yang tak berapa nak kena dengan dasar tu.

Tak payah pakar akademik, orang biasa pun boleh nampak, macamana nak faham teori matematik dan sains kalau diajar dalam bahasa inggeris kalau bahasa tu pun depa tak faham.

Hari ni timbalan menteri tuduh ramai pelajar yang tak minat nak ambil aliran sains. Sebenarnya depa bukan tak minat tapi depa tak yakin depa boleh. Dengan penguasaan matematik dan sains yang lemah hasil dasar PPSMI tu macamana depa nak boleh masuk aliran sains.

Sinarharian juga melaporkan:
“Isunya kini lebih rumit apabila jumlah pelajar memilih Sains menurun, menyebabkan berlaku lamba-kan guru dalam subjek tersebut di sekolah menengah. Kita juga tidak boleh paksa pelajar memilih bidang Sains jika mereka tidak minat,” katanya selepas majlis penyerahan fasa kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penggaram, semalam. - Ibid.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...