Salahudin Ayob bakal Menteri Besar Johor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 05, 2012

Salahudin Ayob bakal Menteri Besar Johor?

SinarHarian melaporkan:
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang disebut-sebut akan bertanding di Johor - negeri kelahirannya - pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), akan menjawab teka-teki itu akhir bulan ini.

Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding."

Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi, tambah beliau. - SinarHarian.  
Tak kira la kat mana pun Naib Presiden PAS ni bakal bertanding, jentera pilihanraya kena memastikan dia bertanding di kawasan yang ada potensi besar untuk menang. Pasainya bagi aku, Salahuddin Ayob kena dipastikan untuk terus berada dalam Parlimen selepas PRU13.

Zaman sekarang ni PAS bukan lagi bertanding untuk semata-mata nak berlawan dengan United Malay National Organisation macam dulu-dulu tapi sekarang ni bertanding untuk menang pilihanraya.

Negeri mana dia bertanding tak penting selagi ada peluang untuk dia menang di kerusi yang dia bertanding tu. Harap-harap jangan jadi macam kes Mat Sabu sebelum ni, PAS rugi banyak bila Mat Sabu tak duduk dalam Parlimen dalam keadaan ramai wakil PAS dalam Parlimen.

Lagi satu, tak payah la kut nak fikir pasai Salahuddin sebagai Menteri Besar Johor pasainya dia lebih sesuai sebagai menteri di Pusat. Setakat nak jadi Menteri Besar tu ramai lagi yang boleh.

Lagi pun, dengar ceritanya, untuk PRU13 ni, nampak macam dah ada ketetapan supaya bertanding hanya satu kerusi sahaja samada Dun atau Parlimen dan Salahuddin Ayob lebih sesuai bertanding Parlimen. Dan TG Preisden sendiri pun cuma akan bertanding satu kerusi sahaja.

SinarHarian juga melaporkan:
Menjawab spekulasi akan bertanding kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri di Johor, sebagai bakal calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai negeri selatan Semenanjung itu, sambil senyuman lebar Salahuddin berkata, "itu khabar angin daripada kawan-kawan yang meramalkan saya akan balik ke Johor."

"Itu terpulanglah kepada mereka untuk membuat analisa, andaian dalam hal yang sedemikian," katanya.

Pemimpin berusia 50 tahun ini menambah, sebagai ahli politik, beliau tidak mementingkan ataupun mengejar jawatan.

"Tapi, yang penting bagi saya bukan isu nak jadi MB, bukan isu nak balik (ke Johor) mengejar jawatan, tapi yang penting ialah kita mencipta kemenangan dan kita memberikan sumbangan kita ke arah langkah ke Putrajaya. Itu yang lebih penting," jelas beliau.

Sehubungan itu kata Salahuddin, beliau bersedia untuk bertanding di mana-mana sahaja atas arahan parti.

"Saya tiada apa-apa masalah untuk memberi khidmat saya, untuk bertanding di mana saja. Jadi, itu saya serahkan kepada parti," katanya.

Sama ada keluar dari Kelantan atau tidak, katanya, beliau akan akur dengan parti sama ada mahu kekal di negeri itu atau bertanding di mana-mana kawasan.

"Itu merupakan satu perkara yang saya rasa sangat penting bagi mereka menentukan kedudukan saya yang ada pada hari ini," katanya lagi.

Bagaimanapun Salahuddin menegaskan, pada PRU13 beliau akan bertanding di tempat dan negeri yang beliau fikir boleh memberi impak kemenangan kepada PR. - Ibid.
Yang tak berapa nak seronoknya, SinarHarian juga melaporkan:
Ketika banyak Pas kawasan mencalonkan namanya, Salahuddin menambah, atas kapasitinya sebagai Naib Presiden, beliau akan memilih kawasan yang difikirkan sesuai.

"Saya akan memilih, saya akan memilih sendiri... bukan orang lain, dan saya akan menentukan sendiri tempat yang hendak (saya) bertanding.

"Bukan atas desakan atas arahan orang lain. Sudah pasti, apa pun keputusan yang buat atas nama Naib Presiden, saya berhak buat keputusan, dan sudah pasti saya akan menyatakan hasrat itu kepada kepimpinan parti, dan partilah yang akan memutuskan," katanya.
Bab ni aku rasa aku patut bagi pencerahan. Bukan maksud Salahuddin Ayob tu dia bebas nak pilih bertanding di mana saja yang dia suka sebaliknya dia cuma berhak untuk pilih dari pilihan yang dia ada, maksud aku memilih mana-mana kerusi yang ada nama dia dalam senarai pencalonan dari Kawasan dan negeri.

Dalam PAS, kreteria yang paling utama untuk memilih calon adalah kemahuan PAS Kawasan. Kalau PAS Kawasan tak setuju mana mungkin calon tu boleh jadi winable candidate. Pasai tu lah biasanya PAS Kawasan diarah untuk mencalonkan 3 nama dengan dibagi kuasa kepada PAS Pusat untuk pilih dari senarai tu calon yang paling sesuai.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...