Boleh percaya ka Zaid takmau bertanding PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Februari 12, 2012

Boleh percaya ka Zaid takmau bertanding PRU13?

Zaid Ibrahim
Malaysiakini melaporkan:
Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim mengakui bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah menawarkan kerusi kepadanya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, tetapi percaya tawaran itu dibuat atas kapasiti peribadinya.

"Semua ini spekulasi yang ditulis dalam blog, tetapi yang paling hampir mereka mereka dapat ialah Mat Sabu. Beliau kawan saya dan saya percaya beliau cuba mengambil hati saya tetapi saya tidak fikir ia keputusan parti.

"Beliau kata, kita akan biarkan Zaid bertanding, kita akan memberikannya kerusi, sesuatu lebih kurang seperti itu, tetapi saya berpendapat tawaran itu pandangan peribadi beliau," kata Zaid (kiri) memberitahu Malaysiakini dalam satu temu bual di kediamannya di Petaling Jaya pagi ini.
 - Mkini.
Sebagai seorang ahli politik nampaknya Zaid pun faham, yang kenyataan Mat Sabu tu cuma kenyataan politik. Macam yang aku tulis sebelum ni:
Mat Sabu bukannya bagi kuasa kepada Hj Wan Rahim untuk buat keputusan tapi bagi ruang kepada Hj Wan Rahim untuk buat perbincangan dengan Zaid Ibrahim. Dia bukan suruh bagi kerusi tapi suruh berbincang. - Ibid.
Lebih cantik lagi bila Zaid sendiri dilaporkan berkata:
Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa beliau diminta untuk membubarkan KITA sebagai pertukaran bagi mendapatkan kerusi di bawah tiket PKR dan juga mengenai ura-ura bahawa beliau akan menyertai DAP dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Zaid, bekas menteri kabinet dan ahli PKR, menambah bahawa beliau tidak mempunyai rancangan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Keputusan itu, kata beliau, dibuat selepas kajian yang teliti mengenai kemungkinan pencalonannya.

"Saya tidak akan bertanding, mudah sahaja, bukan saya membuat keputusan tanpa sebarang kajian,” katanya. - Ibid.
Apa pun, aku harap Hj Wan Rahim tetap teruskan perbincangan dengan Zaid tu. Walaupun Zaid sendiri dah kata takmau bertanding tapi masih banyak lagi perkara yang boleh diperbincangkan.

Apa pun, aku tetap menganggap kenyataan dari Zaid yang kata dia takmau bertanding tu sebagai kenyataan dari seorang ahli politik. Ahli politik ni bukan boleh tentu cakap depa. Kalau hari ni kata takmau tak mustahil kalau esok depa akan kata mau pulak.

Ahli politik memang cukup mudah nak ubah keputusan, kalau perlu bagi alasan, berjuta alasan boleh depa boleh cari. Cumanya kalau ahli politik tapi dalam masa yang sama bawak title ulama' aku harap ada sikit perbezaan dengan ahli politik biasa. Pasainya takkan kut ulama' pun nak menipu...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...