PAS Sarawak melaporkan:
SEBUYAU, 28 Jan. : Dewan Pemuda PAS Kawasan Petra Jaya (DPPKPJ) bersama PAS Kawasan Petra Jaya telah mengadakan program Ops Banjir di Rumah Panjang Lunying,Sebuyau (Gambar) diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Ustaz Nazri bersama 18 Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Petra Jaya & PAS Kawasan Petra Jaya.
Menurut wakil PAS di kawasan tersebut, Saudara Betty & Saudara Jelani, penduduk rumah panjang mengalami kerugian akibat banjir kerana baja serta alatan-alatan berkebun yang lain dihanyutkan oleh banjir tersebut.
Naib Ketua Pemuda PAS Petra Jaya selaku pengarah program, Ustaz Nazri berkata, program turun padang serta ziarah ini adalah program rentetan daripada musibah banjir yang berlaku pada penghujung tahun 2011 sehingga awal tahun 2012. PAS Sarawak.
Kalau masih ingat, masa kempen pilihanraya negeri Sarawak bulan April tahun lepas, Harakahdaily ada melaporkan:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi jaminan bahawa mana-mana Dun yang dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya negeri (PRN) Sarawak akan dijadikan Dun angkat PAS pusat.Malangnya, macam yang semua maklum, calon PAS kalah di kesemua kerusi yang ditandingi. Jadinya takdak Dun yang dijadikan Dun angkat oleh PAS Pusat.
Jaminan itu dinyatakan beliau dalam satu ceramah di sini malam tadi.
"Yang mana, Dun tersebut akan dijadikan sebagai model yang akan memangkinkan kemasukan PAS ke Sarawak dan Sabah dengan lebih meluas lagi,"katanya. - Ibid.
Walaupun macam tu, dalam posting aku yang bertajuk "Dun menang jadi anak angkat, Dun kalah jadi anak tiri?" aku ada mencadangkan walaupun kalah semua kerusi, PAS Pusat sepatutnya berusaha untuk ujudkan jawatan Penyelia Dun siap dengan Pusat Khidmat untuk setiap Dun yang calon PAS tandingi dengan negeri-negeri yang PAS kuat di Semenanjung ambil Dun berkenaan sebagai Dun angkat dengan tanggungjawab utama membantu cari dana untuk operasi pusat khidmat berkenaan.
Kalau ada Penyelia Dun siap dengan Pusat Khidmat, tentu punya PAS kat sana akan lebih mudah berkembang terutama sekali melalui kerja-kerja perkhidmatan.
Tapi, nampak gayanya cadangan aku tu tak dapat perhatian PAS Pusat, mungkin kut pasai takdak yang baca blog tahap nyamuk ni ataupun mungkin jugak cadangan aku tu langsung tak relevan.
Walaupun tanpa status Dun angkat, PAS Sarawak tetap jugak buat kerja, buat gerakan untuk pastikan calon PAS yang akan bertanding PRU13 nanti paling kurang pun boleh bagi tentangan sengit kepada calon BN.
Mana tau, berkat usaha macam kat atas tu mungkin PRU13 nanti nasib menyebelahi calon PAS dan PAs Sarawak berjaya hantar wakil ke Parlimen. Masa tu PAS Sarawat tentu tak perlukan lagi status Dun angkat pasai depa dah jadi sebahagian dari kerajaan.
Maksud aku, kalau calon PAS di Sarawak yang langsung tak diharap untuk menang pun boleh menang, takkan calon PAS di Semenanjung tak boleh menang macam yang ditarget menang lebih 60 kerusi. Kalau PAS menang lebih 60 kerusi, memang sah la BN bungkus dan Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis