Dun menang jadi anak angkat, Dun kalah jadi anak tiri? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 13, 2011

Dun menang jadi anak angkat, Dun kalah jadi anak tiri?

Harakahdaily melaporkan: 
BETING MARO, 13 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi jaminan bahawa mana-mana Dun yang dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya negeri (PRN) Sarawak akan dijadikan Dun angkat PAS pusat.

Jaminan itu dinyatakan beliau dalam satu ceramah di sini malam tadi.

"Yang mana, Dun tersebut akan dijadikan sebagai model yang akan memangkinkan kemasukan PAS ke Sarawak dan Sabah dengan lebih meluas lagi,"katanya. - Hrkh
Aku bukan nak mempersoalkan kewajaran janji Presiden PAS tu, memang aku setuju sangat-sangat dan memang itulah yang sebaiknya.

Cumanya yang aku nak persoalkan takkan untuk Dun yang menang saja, macamana dengan Dun yang kalah. Kalau kalah semua pulak macamana? Takkan PAS Pusat nak tinggal macam tu saja.

Tambah-tambah pulak macam Dun Tanjong Datu dan Muara Tuang yang memang sangat-sangat cerah peluang untuk kalah. Sedangkan di Muara Tuang saja PAS dah berjaya tubuhkan 5 cawangan. Sebelum ni kalau tak silap aku satu cawangan pun PAS takdak kat situ dan dah tentu lah PAS kawasan pun belum ditubuhkan di situ.
 
Aku yakin PAS Pusat takkan biar macam tu saja. Dan memang sebelum-sebelum ni pun PAS pusat tak biarkan PAS Sarawak sendirian. Pimpinan PAS memang selalu turun ke Sarawak dan jugak Sabah. Malah PAS negeri-negeri pun ada turun ke sana.

Tapi bersempena dengan hebatnya penerimaan rakyat Sarawak kepada PAS pilihanraya kali ni, aku nak mencadangkan untuk Dun yang kalah, PAS pusat arahkan negeri-negeri yang bertugas di Dun tu masa kempen pilihanraya ni supaya ambil Dun berkenaan jadi Dun angkat.

Lagi cantik kalau calon yang kalah tu diangkat jadi Penyelia Dun kat sana dan Negeri angkat bertanggungjawab cari dana untuk Pusat Khidmat Penyelia Dun tu.

Dengan adanya Pusat Khidmat dengan Penyelia Dun yang PAS sendiri biaya dan secara rutin ada pulak rombongan dari Negeri angkat turun ke sana membantu, aku yakin tentu punya pengaruh PAS di Sarawak akan berkembang dengan lebih pesat.

Berapa sangat kalau setakat nak biaya Pusat Khidmat Penyelia Dun. Takkan PAS negeri macam Kelantan, Kedah dan Selangor tak mampu nak cari dana untuk tu. Kalau sorang Adun yang ada sumbang RM100 sebulan pun dah ada berapa.

Cukup la aku namakan 3 negeri untuk 3 Dun pasai aku yakin PAS akan menang di 2 Dun. Tapi kalau kalah 4 Dun, aku rasa PAS Terengganu takdak masalah untuk ambil Dun angkat. Kalau calon PAS kalah di semua 5 Dun pulak? PAS Pusat la tanggung lagi satu Dun tu. Tapi aku yakin calon PAS akan menang di 2 Dun, paling kurang pun 1 Dun calon PAS akan menang.

Lagi pun aku yakin ramai ahli koperat PAS yang sanggup membantu salurkan dana. Kalau masa Raya Haji aku yakin berpuluh ekor lembu boleh dihantar untuk qurban kalau betul-betul diusahakan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...