Shahrizat belasah balik Rafidah, tumpang masih ada jawatan... (video) | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Februari 04, 2012

Shahrizat belasah balik Rafidah, tumpang masih ada jawatan... (video)

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.

Beliau berkata tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran.

"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.

"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Mkini.
Kalau kemarin dulu Rafidah Aziz belasah Shahrizat Jalil dengan ayat "Damn t, please move out!!!" hari ni Shahrizat belasah balik Rafidah.

Apa barang Kak Ijat nak kena dengar cakap Kak Pidah. Dah kalah tu duduk diam-diam ja la. Kalau berani pemilihan akan datang lawan lagi la Kak Pidah pun.

Tara Najib pun setakat suruh Kak Ijat ambil cuti ja, yang Kak Pidah pulak lebih-lebih suruh dia berhenti.

Dalam pada tu, Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim pun dah semakin berani bersuara. Bunyi macam nak dekat sama nada dengan Kak Pidah, tapi nampak masih berhati-hati.

Malaysiakini melaporkan:
Kamilia, yang memaklumkan menerima beberapa pendapat berbeza dalam menangani isu Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, meminta anggota pergerakan itu agar menumpukan kepada gerak kerja pilihan raya dan memberi kesetiaan kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang masalah kepimpinan yang boleh menggugat kestabilan dan menjejaskan parti harus ditangani segera dengan penuh bijaksana supaya tidak membawa perpecahan kepada Umno.

"Secara individu sebagai ahli parti jika kita menjadi beban kepada parti maka kita perlu mengambil tanggungjawab mengutamakan kepentingan parti," katanya. - Mkini.
Nampak gayanya memang dah tak panjang la riwayat politik Kak Ijat ni. Kalau Naib dia pun dah berani bersuara macam tu, maknanya dah tak lama dah la tu. Paling lama pun sampai ke pemilihan akan datang.

Dengan Raja Nong Chik pun dah mula buat promosi untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai nampak macam hampir pasti riwayat politik Shahrizat akan tamat bila parlimen dibubarkan untuk PRU13 nanti. Kalau dia pindah bertanding ke parlimen lain pun dengan isu NFC tu kemungkinan besar dia akan kalah jugak.

Apa pun, Kak Ijat yang baru balik dari buat Umrah akan mula balik bertugas Rabu depan selepas bercuti 3 minggu sebagai menteri atas alasan nak bagi laluan untuk SPRM siasat kes isu NFC.

Video ikhsan AntaraPos


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...