SinarHarian melaporkan:
PUTRAJAYA - Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim sanggup menggalas amanah mengetuai parti itu jika Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim merasakan tidak lagi mampu menerajui pertubuhan itu.
“Saya berani jamin, akan ada ramai lagi tokoh tertentu akan menyertai Kita jika Zaid tidak ada dalam parti,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Malah, beberapa pengerusi peringkat negeri juga sebulat suara melahirkan pendirian tidak bersetuju dengan Zaid yang semalam mengumumkan akan membubarkan parti itu.
Sehubungan itu, mereka juga mendesak agar Zaid mengundurkan diri secepat mungkin jika merasakan tidak lagi mampu menerajui parti. - SinarHarian.
Puanya la tak sedar diri Zaid Ibrahim ni. Takkan dia lupa kut yang dia cuma ambilalih parti KITA tu, bukannya dia yang tubuhkan. Lagipun, parti tu sebelum ni bukannya parti yang 'dormant' macam asal parti PKR dulu (tah apa nama aku tak ingat, malas nak google)
Parti KITA ni asalnya parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), bila Zaid Ibrahim keluar PKR, pengerusi Akim tawarkan kepada Zaib Ibrahim untuk pimpin Akim. Zaib Ibrahim bukan setakat setuju tapi siap bagi nama lain, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Lebih kurang setahun kut baru pimpin parti tu, tiba-tiba Zaid Ibrahim pandai-pandai nak bubar. Marah la ahli lama parti tu.
Blogger si Tukang Bancuh ada andaian menarik pasai episod parti KITA ni, kalau nak tau boleh baca di blog dia bancuh.blogspot.com.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis