Pereka fesyen Australia akan bersihkan nama Rosmah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 25, 2012

Pereka fesyen Australia akan bersihkan nama Rosmah?


Rosmah shopping
Sehari dua ni kecoh bila The Sydney Morning Herald mendedahkan Rosmah belanjakan RM325,000 (A$100,000) di sebuah kedai butik di Sidney Disember lepas. Ramai yang desak Rosmah saman akhbar tu kalau berita tu fitnah.

Rosmah bagaimanapun menafikan pendedahan tu. Malaysiakini melaporkan:
Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald. - Mkini.      
Aku yakin Rosmah takkan saman akhbar tu pasainya memang pun Rosmah tak perlu atau lebih tepat lagi tak sepatutnya saman akhbar tu.

Dan Rosmah dah ada cara mudah untuk tutup cerita tu. Macam yang dilaporkan TheSunDaily:
However, Rosmah denied it saying "it is all wildly exaggerated".

"They all like to make this kind of accusations. I'm always the victim.

"The Australian designer will be making a statement soon," she said. - TheSunDaily.
Bila pereka fesyen Australia tu menafikan berita ni, mungkin siap dengan penafian oleh kedai butik berkenaan. Apa lagi nak dikata. Takkan boleh sekadar bergantung kepada 'pendedahan' wartawan Australia tu yang tulis dalam twitter dia yang dia pertahankan pendedahan dia tu pasai "sumber saya amat kukuh."

Bukan susah mana pun nak buat kerja pastikan pereka fesyen tu buat kenyataan penafian. Tambah pulak pereka fesyen dan kedai butik tu berniaga dan Rosmah pulak seorang yang "absolutely gracious and very easy to deal with."

Bukan senang nak boleh dapat 'pelanggan setia' yang kaya macam Rosmah tu, yang mampu bagi derma sebanyak RM1,5juta sebelum ni. Kalau dia boleh bagi derma sebanyak tu boleh bayangkan berapa dia mampu untuk shopping.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...