Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang cuba untuk melaga-lagakan Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor apabila didapati beberapa kain rentang telah dipasang di Selangor yang menunjukkan sikap tidak puas hati Pemuda PAS Selangor.Aku tak pasti banner tu sapa punya kerja.
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan menegaskan pihaknya menafikan segala kenyataan yang tertera di kain rentang tersebut dan menganggap tindakan itu hanyalah tindakan pihak yang ‘nakal’ yang cuba untuk mengeruhkan hubungan baik Pemuda PAS negeri dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengarahkan pemuda-pemuda di setiap kawasan untuk menurunkan kain-kain rentang ini dan membuat laporan polis di tempat masing-masing,” ujarnya dalam satu kenyataan. - Hrkh.
Tapi tak kira la sapa punya kerja pun, yang sahehnya sapa yang buat kerja tu memang BANGANG.
Orang tak buat dah kerja saraf macam tu. Nampak sangat ketinggalan zamannya.
Kalau 'nak tolong' buat banner pun, biar la meyakinkan sikit. Sekali tengok pun orang dah boleh kata konfirm ni bukan kerja budak-budak PAS.
Lagi satu, orang dah tak main saraf jenis ni. Dah ketinggalan zaman. Dengan kemajuna teknologi ICT sekarang ni, saraf jenis ni boleh laku beberapa minit saja, senang sangat nak dapatkan pengesahan dan senang jugak untuk menafikan.
Orang sekarang main saraf guna ICT, guna facebook, guna twitter. Paling koman pun guna SMS.
Tapi taktau la pulak kalau masih ada lagi orang melayu yang sangat-sangat BANGANG, saraf macam ni pun depa percaya jugak.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis