Kenyataan Carl Kapp sebenarnya tak bersihkan nama Rosmah pun.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 25, 2012

Kenyataan Carl Kapp sebenarnya tak bersihkan nama Rosmah pun..


Carl Kapp & Rosmah
Malaysiakini melaporkan:
Pereka fesyen Sydney, Carl Kapp mengesahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat pembelian di kedainya, tetapi menafikan pernah berkata bahawa Rosmah telah membelanjakan A$100,000.

Menjawab dalam satu kenyataan hari ini atas pemintaan Malaysiakini untuk mendapatkan komennya, Kapp (kanan) berkata, Rosmah dan "kumpulan yang agak besar" semasa lawatan tersebut "membuat pelbagai pembelian". - Mkini.
Macam yang aku tulis sebelum ni, aku memang dah agak pereka fesyen tu akan cuba bersihkan balik nama Rosmah. Antara lain aku tulis:
Rosmah pulak seorang yang "absolutely gracious and very easy to deal with." Bukan senang nak boleh dapat 'pelanggan setia' yang kaya macam Rosmah tu, yang mampu bagi derma sebanyak RM1,5juta sebelum ni. Kalau dia boleh bagi derma sebanyak tu boleh bayangkan berapa dia mampu untuk shopping. - Ibid.
Takkan la, Carl Kapp sebagai seorang ahli perniagaan yang takdak kena mengena langsung dengan pergerakan ABU (Asal Bukan Umno), nak sia-siakan peluang untuk jadikan Rosmah yang kaya raya tu sebagai pelanggan tetap dia.

Cumanya sebagai seorang yang profesional, cara dia nafikan laporan tu tak la nampak sangat macam nak mengampu Rosmah. Tak macam Nazri Aziz dan yang sewaktu dengannya yang sebelum ni terlalu sungguh-sungguh bela Rosmah dalam isu cincin RM24juta sampai orang yang baca pun naik meluat.
"Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai Paddington saya," kata Kapp dalam satu kenyataan jelas dibuat dengan berhati-hati.

"... Semasa lawatan mereka, anggota rombongan (Rosmah), termasuk rakan-rakan serta pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian secara berasingan. Saya percaya Datin Sri Rosmah adalah penaung Festival Fesyen Islam. " - Ibid.
Apa pun, kenyataan pereka fesyen Australia tu kalau diteliti sebenarnya tak berapa nak bersihkan nama Rosmah pun tapi lebih kepada bersihkan nama dia sendiri. Kenyataan dia tu langsung tak menafikan kemungkinan Rosmah berbelanja sehingga RM325,000 macam laporan The Sunday Morning Herald tu..

Dan kalau tengok dari sudut pandangan lain, penafian Rosmah sendiri sebelum ni pun tak menafikan dakwaan yang dia ada beli dengan pereka fesyen tu dan langsung tak mustahil kalau memang Rosmah belanjakan sehingga angka RM325,000 malah kalau lebih dari tu pun tak mustahil.

Dan kalau tengok dari sudut pandangan lain jugak, memang betul macam kenyataan Rosmah, memang sebenarnya angka tu diperbesar-besarkan dan Rosmah tak bermewah-mewah di Sydney. Pasainya angka RM325,000 untuk belanja beli pakaian dan RM65,000 untuk penginapan tu tak boleh dikira membazir dan bermewah-mewah pada Rosmah.

Kalau RM1.5juta selamba ja dia bagi sebagai derma, apa sangat angka tak sampai setengah juta untuk dia melancong sambil membeli belah.

Payah nak jumpa orang perempuna yang mementingkan fesyen yang sanggup bagi derma lebih dari perbelanjaan dia melancong dan membeli-belah dan aku langsung tak fikir Rosmah tergolong dalam golongan yang suka menderma melebihi dari melancong dan shopping.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...