Usaha Umno untuk pastikan Presiden PAS kalah di Parlimen Marang | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 26, 2012

Usaha Umno untuk pastikan Presiden PAS kalah di Parlimen Marang


TG hj hadi awang
Bernama kelaporkan:
MARANG, 24 Jan (Bernama) -- Rancangan membina kem tentera di sini, yang akan menempatkan 5,000 anggota dijangka melonjakkan proses pembangunan daerah ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Berangan berkata kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 800 hektar di Kampung Tebuang Jenang bagi pembinaan kem berkenaan. - Bernama
Dalam banyak-banyak kawasan di Malaysia ni, tiba-tiba ATM boleh pilih untuk buat kem tentera baru di dalam kawasan parlimen Marang. Bukan kecik-kecik anak punya kem pulak tu, 5,000 anggota.

Kalau ada yang tak perasan lagi, parlimen Marang sekarang ni diwakili oleh Presiden PAS, TG Hj Hadi Awang.

Di bawah ni maklumat ringkas keputusan PRU12 untuk parlimen Marang

P37 MARANG
Jumlah Pengundi: 74,813
Peratusan Kaum: M: 97.55% C: 2.18% I: 0.14% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.13% 
1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas) (33,435) 2. Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (BN) (30,688) 
Majoriti: 2,747
Jumlah undi: 64,929
Peratus mengundi: 86.79%
Undi rosak: 806
Penyandang: Datuk Abdul Rahman Bakar (BN)
(Majoriti: 163 undi) 

Kalau tengok kepada jumlah majoriti berbanding pertambahan bakal penggundi pos 5,000 anggota tentera dicampur pulak kagi dengan pasangan depa, maknanya lepas ni hampir pasti TG Hj Hadi Awang akan kalah dalam pilihanraya.

Cuma yang agak positif sikit berita ni bila Bernama juga melaporkan:
Yahya Khatib berkata beliau berharap projek itu dapat menjadi kenyataan selewat-lewatnya selepas pilihan raya umum akan datang.

Tanpa memberikan butiran, beliau berkata selain pembinaan kem itu, banyak lagi projek lain yang akan dibina di Marang. - Ibid.
Maknanya kalau PRU13 jadi bulan Mac ni  macam yang diramal banyak pihak, kerusi tu masih selamat untuk TG Hj Hadi.

Tapi kalau PRU13 tak dibuat bulan Mac ni, ada kemungkinan kem tu siap sebelum PRU13 dan kalau macam tu hampir pasti presiden PAS akan kalah dalam pilihanraya. Kecuali la kalau dia bertanding di tempat lain.

Juga dilaporkan:
Yahya berkata kerajaan negeri juga telah meluluskan pembinaan sebuah masjid baru berharga RM5 juta yang dapat menampung lebih 1,000 jemaah tahun ini di kampung Pengkalan Berangan dekat sini.

Beliau berkata dengan adanya kem tentera itu serta Institut Latihan Perindustrian (ILP) di daerah itu akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan yang dapat menambah pendapatan penduduk di daerah ini. - Ibid.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...