Isu NFC : Kalau Mat Sabu yang jadi TPM | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Januari 31, 2012

Isu NFC : Kalau Mat Sabu yang jadi TPM


Harakahdaily melaporkan:
Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, daripada yang veteran hingga pemuda dalam isu-isu hangat yang membelenggu negara kini.

Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mewakili suara ulama ialah Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada:
hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Soalan minggu ini

Apakah pandangan anda tentang sikap perdana menteri dalam isu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC)? Jika anda ialah Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, apakah cara terbaik untuk anda menyelesaikan kemelut NFC?

Mohamad Sabu: Perdana Menteri hanya bermain sentimen propaganda anti rasuah, akan tetapi, di sebalik dan benda yang sebenar, Perdana Menteri kita adalah ketua kepada pelindung rasuah. Maklumlah, beliau juga amat takut untuk bertindak kerana beliau sendiri diselubungi kes kapal selam dan Altantuya. Inilah yang orang kata, burung gagak sama hitam.

Sekiranya saya ialah TPM, pertama sekali, saya akan menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk menyiasat NFC.


Hasil siasatan saya akan cadangkan diumumkan kepada rakyat… sekiranya ada kes rasuah dan penyelewengan, saya akan mendesak jabatan peguam negara mendakwa segera ke mahkamah. - Ibid.
Tapi, kalau Mat Sabu ialah TPM, takkan kut suami Ust Siti Zailah atau suami Zuraida atau suami Chong Eng nak boleh dapat projek macam NFC. Gila apa Pakatan Rakyat pun nak buat kerja celaka macam BN buat jugak.

Memang la pemimpin Pakatan Rakyat pun belum tentu boleh percaya, depa pun manusia jugak yang sentiasa diuji dengan bisikan syaitan tapi sekurang-kurangnya kalau Pakatan Rakyat dapat rampas kuasa kita kena pastikan benda pertama yang Pakatan Rakyat buat selepas mengumumkan senarai jamaah menteri adalah istihar harta semua menteri dan timbalan menteri termasuk harta isteri atau suami dan anak-anak depa.

Mungkin Pakatan Rakyat boleh masukkan bab istihar harta ni dalam manifesto dibawah sub-topik ketelusan atau rasuah. Maknanya lepas ni kalau ada yang takut nak istiharkan harta jangan sibok nak jadi calon Pakatan Rakyat dalam PRU13. Biar yang bukan saja yang bersih tapi yang mau dilihat bersih saja yang jadi calon pilihanraya.

Kalau dah istihar harta kepada orang ramai pun berani jugak buat kerja kelaka seleweng duit rakyat atau rasuah, macam kata Ust Azhar Idrus "memang balik awa la..."


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...