Berita yang tentu buat blogger Umno macam Taipingmali bengkek | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Oktober 11, 2011

Berita yang tentu buat blogger Umno macam Taipingmali bengkek

Portal Inimajalah.com.my melaporkan:  
Buku Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab adalah buku yang paling laris dalam pasaran saat ini.
 
Menurut Tn. Imran Azmi, Pengurus PTS Islamika, dalam tempoh 5 minggu buku itu terbit, hampir 30,000 naskhah sudah terjual.

Jabatan jualan PTS tidak dapat memenuhi permintaan semua kedai disebabkan banyak penjual buku bergerak yang datang membeli secara pukal dan tunai. Para penjual buku bergerak itu menjual buku ini kepada orang ramai yang datang mendengar beliau memberi kuliah.

Faktor utama yang menyebabkan buku itu amat laku adalah populariti Ustaz Azhar Idrus sendiri. Pada masa ini beliau adalah penceramah agama yang paling diminati ramai.

Buku beliau yang kedua dengan PTS sedang dalam proses editing dan dijangka akan dapat diterbitkan sebelum hujung tahun ini. - Inimajalah.com.my
Tentu punya blogger Taiping Mali yang yang kata Ustaz Azhar Idrus bodoh bengkek bila baca berita ni. Nak buat macamana, walaupun dia yang rasa Ust Azhar Idrus ni bodoh tapi lagi ramai yang rasa ilmu Ust ni bermanfaat.

Baru 5 minggu dah terjual hampir 30,000 naskhah. Aku rasa lepas berita ni keluar lagi banyak la yang terjual. Mungkin boleh cecah 100,000 naskhah.

Kalau bengkek sangat, aku nak cadangkan kat TaipingMali supaya cari kabel kat JAIS. Mana tau kut ada harapan Ust Azhar ni kena tahan dengan JAIS macam Bob Lokman yang kena tahan semalam.

Tapinya, kalau Ust Azhar Idrus kena tahan, lagi laris la buku dia ni. Dari 30ribu silap-silap boleh berganda jadi 300ribu, lagi la bengkek TaipingMali.

Kalau ada yang nak dapatkan buku ni, boleh cari kat Surau atau Masjid masa Ust Azhar ni bagi kuliah kat situ, tentu ada yang jual punya. Tak pun boleh beli online kat bookcafe.com.my.

Apa pun, aku harap sangat Ust Azhar terus jadi pendakwah bebas, maksud aku, tak payah la jadi ahli politik. Pasainya aku rasa Ustaz Azhar ni lebih berkesan dalam perjuangan menegaakkan Fasal 5 dengan cara sekarang berbanding kalau dia jadi ahli politik. kecuali la kalau dia boleh jadi sehebat TG Nik Aziz.

Nota kaki makan cekam:  Bengkek tu kena baca dengan huruf e tanda. (bêngkêk). Lama aku tak guna perkataan ni... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...