Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.
Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.
Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu. - Mkini.
Apa motif orang buat kerja celaka macam ni. Secara tersuratnya tentulah nak sakitkan hati orang Islam, nak bangkitkan kemarahan orang Islam, bubuh benda yang paling najis ke tempat yang paling mulia.
Masalahnya sapa punya kerja.
Kalau tanya aku, dengan yakin aku akan jawab itu kerja bermotifkan politik oleh orang politik. Kerja saraf politik stail lama yang dah tak berkesan. Niatnya nak bagi orang Islam marah kepada orang bukan Islam, supaya orang Islam sokong depa yang kononnya memperjuangkan Islam menentang orang bukan Islam.
Betul atau tak itu soal kedua tapi kalau aku yang jadi pegawai penyiasat, aku akan siasat motif politik dulu.
Kalau motif politik siapa pulak saspeknya.
mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Gerakan meminta PERKASA memohon maaf kerana menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpaudalam sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pertubuhan itu pada Ahad.Kalau PERKASA sebagai saspek tujuannya mungkin nak alih isu supaya orang ramai marah kepada orang bukan Islam yang kononnya buat kerja celaka tu mungkin untuk balas dendam sakit hati dengan tindakan Ibrahim Al-Kataki.
Naib presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata pemberian angpau dalam sampul putih pada Tahun Baru Cina - sebagai festival kegembiraan - menunjukkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas.
Putih dianggap sebagai warna yang digunakan dalam upacara kematian dalam adat resam kaum Cina.
"Sebagai ahli Parlimen dan berada dalam politik untuk bebeberapa tahun, Ibrahim masih tidak tahu kebudayaan kaum lain dan sebab itu dia terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin. - mStar.
Aku tak tuduh tu kerja Ibrahim Ali, mungkin jugak tu kerja penyokong Ibrahim Ali yang pandai-pandai sendiri buat kerja BANGANG macam tu.
Tapi, tak mustahil pulak kerja celaka tu dibuat oleh pihak lain, dengan harapan akan ada orang yang fikir tu kerja PERKASA pulak.
Selain dari tu, ada jugak motif lain yang perlu disiasat. Mungkin jugak ada orang yang tak berapa nak siuman yang buat kerja tu.
Apa pun, aku lebih percaya kalau kerja CELAKA tu dibuat oleh orang politik, orang politik yang bangang, yang masih buat kerja saraf ketinggalan zaman.
Aksi Ibrahim Al-Kataki bagi angpau warna putih. |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis