Contoh YB PAS yang memang layak dibantu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 19, 2012

Contoh YB PAS yang memang layak dibantu


blog Cikgu Johari Adun Kupang
Hujung tahun lepas aku pi ke Kupang, atau lebih tepat lagi ke Pusat Khidmat Adun Kupang. Misi aku untuk aktifkan blog Sekretariat Wakil Rakyat (SKWAT) Dun Kupang.

Aku dah pernah pi sana untuk misi yang sama bulan 5 tahun 2010 dulu macam yang aku tulis dalam posting bertajuk "PAS dengan Umno sama jaa..."

Walaupun misi aku yang pertama tu gagal tapi aku tengok blog Adun Kupang tu hidup jugak, cumanya tak berapa nak meriah, maksud aku tak berapa nak melambangkan kemeriahan aktiviti dan kesibukan SKWAT dan YB Cikgu Johari.
   
Mungkin jugak ketua IT Pemuda PAS Baling yang update blog tu pun sibuk, tak sempat nak tumpu update blog tu. Blog Pemuda Baling dan blog PAS Baling pun dia jugak yang kena update.

Yang boleh jadi misi kedua ni pasai ketua IT Pemuda tu pindah ke KL, jadinya lama jugak blog tu tak update pasai takdak sapa yang ambilalih. Bila aku dibagitau yang pembantu khas merangkap pemandu Adun Kupang setuju nak cuba jadi blogger update blog tu, jadinya memang aku setuju sangat nak jayakan misi kedua ni.

Memang aku harap sangat blog Adun Kupang tu melambangkan betapa sibuknya Adung Kupang dan SKWAT Dun Kupang. Yang bagi lagi dia sibuk, dia juga kena jaga Dun Baru yang jadi Dun angkat dan Dun Kuala Ketil pun nak kena tengok jugak pasai dia Timbalan YDP PAS Baling.

Kerja dia hambir tiap-tiap hari keluar lepas subuh tengah malam baru balik. Memang tak heran la pasai Baling yang ada 3 Dun tu bukannya kecik, dari sempadan belah ni ke sempadan belah sana kira boleh buat solat jama'.

Pemuda dan muslimat depa pulak cukup aktif, jadinya program memang sentiasa ada. Ditambah pulak dengan program kawasan dan cawangan dan jugak program anjuran SKWAT sendiri. Tu belum lagi masuk program rasmi kerajaan yang nak kena pi jugak.

Yang tambah 'gila' nya Cikgu Jo ni pulak, kalau ada jemputan khenduri atau ada kematian di cawangan, kot mana pun dia akan sampai kecuali kalau dia ada program lain yang tak boleh tinggai. Pasainya pada dia, pi makan khenduri dan ziarah orang mati tu satu cara mudah untuk dia turun padang, jumpa pengundi dia sambil jumpa aktivis PAS peringkat akar umbi. Tu yang jadi rekod sampai 24 panggilan khenduri satu hari, semua dia pi, dari subuh sampai ke tengah malam.

Jadinya, pada aku, YB Cikgu Johari ni memang patut sangat aku bantu berdasarkan sikit kelebihan yang aku ada dan memang pun Adun Kupang ni cukup layak untuk dibantu, kompom tak sia-sia.

Lagi satu, kalau blog dia aktif, sekurang-kurangnya senang sikit depa nak mintak sumbangan terutama sekali dari orang korperat, kalau nak tengok aktiviti-aktiviti yang pusat khidmat dan YB buat selama ni, boleh terus bukak, tengok sendiri dalam blog. Kawasan Baling pulak memang kawasan pendalaman yang cukup ramai orang susah yang perlu dibantu.

Jadinya, misi khas aku kali ni untuk pastikan member yang jadi pembantu khas Adun tu mampu update blog. Selain dari tu elok jugak ubah template dan susunatur untuk blog tu sempena tahun baru 2012.

Agak mencabar jugak la nak ajar member tu, pasainya yang pertama aku bukan cikgu dan bab mengajar ni aku memang tak reti, member tu pulak memang rabun sungguh bab-bab ICT ni, memang kena ajar dari benda paling asas. Mula dari buat email, macamana nak hantar dan terima email, macamana nak  scan gambar, nak resize dan upload gambar, sampai dia mampu buat posting macam yang dok ada la ni. Nak buat macamana,  "Masa kat pondok dulu benda-benda macam ni mana ada masuk silibus" kata dia.

Memang saja kami buat blog tu sedemikina rupa supaya mudah member blogger baru tu nak update. Cukup ringkas, "straight tu the point" tapi yang pentingnya sentiasa diupdate.

Banyak lagi benda yang nak kena ajar, tapi aku malas jugak sebenarnya nak ajar banyak-banyak, takut member tu tak dapat tangkap satu hal, takut jadi sia-sia pun ya jugak.

Aku tak la letak harapan tinggi sangat sebenarnya, tapi bila tengok hasilnya sampai hari ni, memang puas hati. Hampir tiap hari ada update sampai dua atau tiga program. Setakat hari ni baru 19 haribulan dah ada 28 update. Ranking Alexa Malaysia pun dah 4,248, tak jauh dah nak boleh masuk ranking topblog yang aku buat.

Jadinya, jangan malu-malu melawat blog Adun Kupang, Cikgu Johari Abdullah, terutama sekali orang Baling khasnya dan orang Kedah amnya. Bila ramai yang melawat, bertambah la semangat blogger baru tu. Lagi satu, kalau ada yang sudi masukkan dalam bloglist lagi la cantik.

Aku jugak harap blog Adun Kupang tu boleh jadi semacam KPI dan rujukan untuk semua Adun PAS, terutamanya di negeri Kedah.

Lagi satu, jangan lupa tolong promote sama blog tu dan lagi cantik kalau follow networkedblogs blog tu dengan facebook.

Lagi satu yang paling penting, kalau ada rezeki lebih jangan segan-segan masukkan terus duit ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad. No Akaun 02048010040537 Caw. Baling. Atas Nama Sekretariat Wakil Rakyat (skwat) Baling. Banyak lagi program yang depa mampu buat kalau ada dana tambahan. Kompom tak sia-sia



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...