Peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) akan berdepan dengan tindakan jika mereka sekali lagi turun ke jalanan dan mengadakan himpunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.Kesian Nazri, dia ingat sekarang ni macam zaman dulu kala, orang takut dengan ugutan. Kalau zaman dulu-dulu boleh la kut, sikit-sikit pemimpin United Malay National Organisation uguk orang kampung.
"Kalau ada yang turun lagi ke jalanan, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang," kata Nazri pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Beliau mengulas kenyataan pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan Selasa lalu yang mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa. - Mkini.
Orang kampung diugut kalau tak undi BN tak dapat bantuan. Yang aku herannya orang kampung yang boleh dikira kaya pun takut jugak.
Orang kampung diugut kalau tak undi BN anak tak dapat biasiswa . Yang aku herannya orang kampung yang takdak anak pun takut jugak.
Orang kampung diugut kalau tak undi BN nanti anak tak dapat kerja . Yang aku herannya orang kampung yang anak dia tak lulus periksa yang hari-hari ikut memotong pun takut jugak.
Dulu boleh la, sekarang ni puak-puak peneroka Felda pun dah berani bangkit lawan United Malay National Organisation. Kakitangan kerajaan pun semakin berani mempersoal dasar kerajaan secara terang-terang.
Tak tau la pulak aku kalau si Ambiga yang juga seorang peguam boleh kecut perut dengan amaran si Nazri ni.
Tapi kalau Ambiga tah macamana tiba-tiba jadi penakut pun takdak masalah, ramai lagi yang sanggup ambil alih jawatan Ambiga tu, ramai lagi yang bukan setakat langsung tak takut dengan amaran Zamri tu, depa pulak nanti pi jengkai muka Nazri, bagi amaran kat dia pulak.
Persoalan sekarang ni bukannya jadi atau tak BERSIH 3.0 tapi bila nak buat.
Cerita la ni, kalau Mat Sabu sekali pun yang tiba-tiba kata BERSIH 3.0 tak dibenarkan dibuat, dengan Mat Sabu pun depa bubuh sekali.
Orang tengah ketagih ni bukan boleh kira, lama dah depa tak kena gas
Apa pun, Malaysiakini juga melaporkan:
Lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) untuk pembaharuan pilihan raya dianggap munasabah", kata pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan yang membayangkan perhimpunan bantahan kali ketiga jika cadangan mereka terus diabaikan.
Sebaliknya, Ambiga membidas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menemplak BERSIH kerana didakwa mengugut kerajaan.
"Bagi saya, kerajaan yang sebenarnya mengugut rakyat,” kata Ambiga kepada Malaysiakini selepas memberi keterangan kepada panel siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, semalam. - Mkini.
Malaysiakini turutmelaporkan:
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong usaha Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan himpunan BERSIH kali ketiga sekiranya cadangan mengenai reformasi pilihanraya yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan tuntutan BERSIH 2.0 gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa. - Mkini.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis