Begitu terdesaknya Umno di Perak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 11, 2012

Begitu terdesaknya Umno di Perak


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan BN yang akan mengadakan pemukiman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka selama tiga hari bermula 12 Januari ini di Perak menandakan mereka rasa tidak selamat lagi di negeri itu.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sekarang sedar bahawa rakyat Perak masih dengan sentimen membenci BN ekoran cara mereka mengambil alih negeri yang disifatkan tidak demokratik.

"Sekarang mereka cuba mengambil hati rakyat dengan program turun ke padang, konon cuba menyelami masalah rakyat bawahan. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Sebelum ini Pengerusi Kelab Adun BN (BNBBC), Datuk Nadzri Ismail berkata, setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.

Pemukiman sama sebelum ini telah dibuat di Selangor. - Ibid.
Program tu dibuat sempena Najib turun ke negeri Perak yang juga akan rasmikan Hari Peladang Penternak dan Nelayan di Parit Buntar pada 14 Januari.

Dengar ceritanya untuk bagi nampak 'real' depa buat keputusan akan pilih rumah orang kampung biasa bukan rumah ketua kampung atau JKKK.

Untuk bagi lagi 'real' suka aku cadangkan supaya orang kuat United Malay National Organisation di kampung-kampung pilihan tersebut usahakan wakil rakyat tu jadi imam sembahyang tiap-tiap waktu kat surau atau masjid kampung berkenaan, terutama sekali solat subuh. Takkan dah jadi wakil rakyat nak jadi imam pun tak berani kut.

Nak bagi real lagi, suruh wakil rakyat kesayangan hangpa tu jadi khalifah baca Yasin malam Jumaat dan suruh dia buat tahlil sekali. Lagi 'real' kalau hangpa tolak depa naik mimbar jadi khatib baca khutbah dan dan seterusnya jadi imam masa solat Jumaat.

Kalau depa boleh buat sampai macam tu, hangpa boleh tengok macamana kalutnya orang kuat PAS kampung berkenaan tak senang duduk. Tambah-tambah lagi kalau wakil rakyat PAS pun tak pernah buat macam tu kat situ.

Kalau boleh la, tapi kalau tak mampu jangan dipaksa pulak, buat malu ja nanti. Lagi elok hangpa usung wakil rakyat hangpa tu jadi 'imam' berkaraoke kat warung dangdut... Hahaha...


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...