Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan kes liwat, bukan bermakna bidang kehakiman di negara ini bebas dari campur tangan politik para pemimpin Umno BN.mStar melaporkan:
Sebaliknya, ia jelas melambangkan keberanian hakim untuk membebaskan diri dari cengkaman politik bagi mengembalikan semula era kegemilangan bidang kehakiman di tanah air.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, berdasarkan beberapa fakta jelas menunjukkan bidang kehakiman di negara ini telah sekian lama dicabuli oleh pihak-pihak yang berkepentingan. - Hrkh.
PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno pada Isnin menyatakan bahawa keputusan kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pemulihan kewibawaan badan kehakiman negara dan menyangkal dakwaan bahawa ada campur tangan politik dalam kes-kes mahkamah.mStar juga melaporkan:
Menurut blog Ketua Pemuda Umno yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata, Pemuda Umno turut menolak hujah yang mengatakan kes Anwar merupakan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu.
“Kes ini berpunca daripada laporan polis yang telah dibuat oleh (bekas pembantu peribadinya) Saiful Bukhari Azlan yang tidak ada kaitan dengan kerajaan atau parti pemerintah. - mStar.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.Utusan melaporkan:
“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.
“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir. - mStar.
KUALA LUMPUR 9 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu.Pak Bakar Penarikbeca pulak tulis:
“Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan,” katanya.
Najib berkata, ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang kerajaan Malaysia, dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain. - Utusan.
Bila keluaq keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi, saya terus teringat kes Perak, negeri asal saya. Itulah yang saya beritahu kawan-kawan yang telefon saya. "Jangan seronok sangat," saya kata kepada yang menyokong Anwar. - Penarikbeca.Walaupun Anwar dibebaskan oleh mahkamah tinggi, aku tetap tak percaya yang sistem kehakiman Malaysia bebas dari campurtangan politik. Aku lebih percaya kalau ada yang bagitau, episod ni adalah sebahagian dari gerakerja mega perang saraf Umno BN.
Kita sama-sama tunggu apa pulak 'mainan' saraf Umno lepas ni.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis