Martabat muslimat PAS sebenarnya selama ni dimata masyarakat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 11, 2012

Martabat muslimat PAS sebenarnya selama ni dimata masyarakat


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siri Mariah Mahmud (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang telah menghebahkan gambar dari rakaman YouTube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS. - Hrkh.
Aku takmau cerita bab hukum pasai aku memang jahil. Aku jugak takmau sembang bab moral pasai moral aku pun tak elok tara mana tapi pada aku yang jahil dan moral pun tak berapa nak elok mana ni, aksi muslimat-muslimat dalam klip video tu sungguh nampak tak sesuai.

Lagi pulak, ditempat terbuka macam tu, meraikan 'kemenangan' macam tu pulak, memang tak sesuai. Lagi tambah tak sesuai bila siap ada lirik terima kasi dengan 'abang polis', memang sangat-sangat tak sesuai.

Ada yang sampai kata aksi tu macam orang lalok ganja. Aku tak boleh nak komen pasai aku tak pernah lalok ganja. Kawan-kawan aku yang pernah lalok ganja pun tak pernah pulak aku tengok depa lalok stail macam tu.

Bagi yang belum tengok lagi clip tu boleh cari di youtube atau tengok kat blog Lensahp.

Harakahdaily jugak dilaporkan:
“Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan,” katanya.

Katanya, kalau nak dipertikaikan melodi yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama ini digunakan oleh anak muda semasa berdemo.

“Mungkin yang kasar sikit ialah ‘Mampus Umno’.Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi.

“Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa, Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad.

“Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini,” ujarnya.

DMPP juga, katanya yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa, ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

“Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat, bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati-hati dengan perangkap Umno BN di masa akan datang,” ujarnya.
Satu benda yang aku nak tekankan kat sini, tanya la kat sapa pun di Malaysia ni, aku yakin semua setuju yang aksi-aksi macam tu sangat-sangat tak sesuai dengan Muslimat PAS yang menggambarkan bagaimana tingginya martabat dan kedudukan Muslimat PAS pada pandangan rakyat Malaysia.

Masyarakat tak heran langsung kalau aksi macam tu wanita Umno yang buat dan masih boleh terima kalau wanita PKR yang buat, tapi tidak untuk muslimat PAS pasainya bagi depa aksi macam tu tak selayaknya dilakukan oleh muslimat PAS yang tinggi martabatnya pada pandangan mata depa.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...