mStar melaporkan:
IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat Perak pada 13 dan 14 Jan ini.Satu perkembangan yang tentunya menggembirakan warga Parit Buntar terutama sekali penchachai United Malay National Organisation.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata antara program Perdana Menteri ialah merasmikan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan 2011/2012 di Parit Buntar dalam daerah Kerian pada 14 Jan.
Najib juga dijadual melawat beberapa daerah lain bagi melihat kehidupan rakyat.
Zambry turut mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru menggantikan Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim berkuatkuasa 30 Dis lepas. - Bernama.
Aku harap ada buah tangan yang Najib bawa untuk orang Parit Buntar. Kalau turun setakat nak rasmi program tu baik tak payah. Sempena nak PRU13 ni Najib kena la janjikan projek mega di Parit Buntar yang paling kurang pun bernilai berpuluh juta, baru la padan.
Lagi pun seingat aku Najib tak pernah lagi turun Parit Buntar semenjak jadi Perdana Menteri walaupun Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Mohd. Fuad Jelani orang Parit Buntar.
Yang aku mushkilnya pasai apa Hari Peladang Penternak dan Nelayan kali ni dibuat untuk 2011/2012. Takkan kerajaan dah takdak duit untuk buat tiap-tiap tahun macam dulu-dulu.
Lagi satu, pasai apa pulak kali ni dipilih Parit Buntar dan dirasmikan oleh Najib. Mungkinkah sebab orang kesayangan Najib akan jadi calon United Malay National Organisation di Parlimen Parit Buntar kali ni?
Dengan perlantikan Puhat Nayan sebagai Setiausaha kerajaan Negeri yang baru, nampak gayanya mungkin betul khabar angin yang kata Fuad Jelani akan jadi calon kerusi parlimen Parit Buntar. Sebelum ni nama Puhat Nayan, bekas Pegawai Daerah Parit Buntar yang lebih disebut-sebut sebagai bakal calon parlimen.
Lagi pun, masa ramadhan lepas Fuad Jelani bawa turun RM500,000 untuk baiki Masjid Ahmadiah di Kampung asal dia di Parit Mat Ali.
Untuk lebih kenal sapa Fuad atau lebih tepat lagi si Poad Jelani ni, hangpa boleh baca di blog TheWhistleblower.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis