Tolong tanya datuk KJ, pendaftaran PR apa cerita? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 22, 2011

Tolong tanya datuk KJ, pendaftaran PR apa cerita?


KeadilanDaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 22 Dis— Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen kebangsaan bulan depan iaitu yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13.
Konvensyen itu yang diadual diadakan di Kedah pada 14 Januari, akan memfokus persiapan menghadapi pilihan raya umum dan melancarkan hubungan gerak kerja KEADILAN, Pas dan Dap.
Konvensyen-konvensyen sebelum ini masing-masing diadakan di Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat. - KeadilanDaily.
Cantik sangat la boleh buat Konvensyen Pakatan Rakyat awal tahun depan. Banyak benda nak kena diperhalusi menjelang PRU13 yang mungkin diadakan pada bila-bila masa saja lagi, dah dekat sangat dah.
 
Lagi cantik konvension kali ni dibuat di negeri Kedah. Pasainya, berbanding negeri-negeri yang Pakatan Rakyat kuasai, Kedah nampak macam negeri yang paling lemah. Dah la duit kurang, menang pun tak besar mana.

Bila buat di kedah ni sikit sebanyak boleh bangkitkan lagi semangat jentera PR di Kedah untuk bersedia hadapi PRU13 nanti.

Selain dari buat konvensyen dan persiapan untuk hadapi PRU13, jangan pulak sampai lupa dengan isu pendaftaran Pakatan Rakyat. Selagi Pakatan Rakyat tak berjaya didaftarkan, selagi tu la Pakatan Rakyat tak boleh bertanding guna satu lambang.

Tolong la, sapa-sapa yang rapat dengan Kamruddin Jaafar, pengerusi pro-tem Pakatan Rakyat yang menggantikan Zaid Ibrahim dulu. Takkan kut takdak apa-apa perkembangan.

Perkembangan terakhir setakat maklumat yang aku dapat adalah pada 3 November lepas, lepas pada tu sampai hari ni langsung tak nampak berita pasai isu pendaftaran PR ni.

Takkan kut dah lebih sebulan langsung takdak apa-apa perkembangan. Takkan kita takdak orang dalam yang boleh bagi maklumat kut.

Aku yakin kalau kita betul-betul tekan ROS yang macam 'si anjing Umno' tu, tentu punya depa terpaksa jugak buat kenyataan. Kalau depa buat kenyataan aku yakin kut mana pun kita boleh dapat political mileage, kalau pun pendaftaran PR tu masih tergantung.

Yang cantiknya kalau kenyataan dari ROS tu kita boleh dapat sebelum konvensyen 15 Januari depan. Tentu labih menarik konvension tu.

Cumanya, aku ada dengar desas-desus yang kata ada pimpinan Pakatan Rakyat sendiri tak berapa setuju guna satu lambang pasai tu la nampak macam tak bersungguh-sungguh. Kalau betul tak jadi, aku pun suka, tak payah la aku pangkah lambang lain selain lambang bulan purnama.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...