Pakatan Rakyat hari ini menafikan dakwaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa gabungan itu tidak membuat permohonan baru untuk mendaftar diri mereka.Dari laporan kat atas, ada beberapa isi penting yang kita boleh dapat.
Malah, kata setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution,pihak mereka telah menghambat jabatan berkenaan sejak Mac lalu supaya segera mendaftarkan Pakatan Rakyat.
Saifuddin berkata selepas pengerusi pro-tem Pakatan Datuk Zaid Ibrahim berpaling tadah pada November tahun lalu, jawatankuasa itu pada mesyuarat tergemparnya (EGM) telah melantik ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Kamaruddin Jaafar untuk memegang jawatan itu pada Mac lalu.
Saifuddin merujuk laporan akhbar New Straits Times yang memetik Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman, bahawa Pakatan tidak berusaha mendaftarkan gabungan itu.
“Kami kesal dengan kenyataan ini kerana semasa EGM, kita telah menamakan pengerusi pro-tem yang baru... kami telah mengaturkan perjumpaan dengan timbalan pengarah ROS (bahagian pertubuhan) bagi menyerahkan permohonan dengan beberapa pindaan sepatutnya.
“Tetapi ROS enggan menerimanya, alasan mereka, permohonan lama masih menunggu keputusan berhubung permohonan yang dibuat oleh Zaid, walaupun mengikut perlembagaan PKR, Zaid bukan lagi seorang ahli,” kata Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang
Katanya, sejak Mac, Pakatan berhubungan dengan ROS setiap tiga hingga empat minggu untuk menentukan status permohonan tetapi tidak menerima sebarang jawapan. - Mkini.
- ROS memang macam 'si anjing Umno'
- EGM cuma dibuat selepas 2 bulan Zaid Ibrahim berpaling tadah.
- EGM bersetuju melantik Kamarudin Jaafar sebagai pengerusi pro-tem
- Pro-tem dah cuba hantar permohonan baru tapi ROS enggan terima
- Pro-tem hubungi ROS setiap 3 ke 4 minggu tapi tak dapat jawapan.
Dalam posting tu antara lain aku tulis:
Cuba bayangkan, kalau setiap minggu, ada sorang pimpinan tertinggi telefon terus ke pejabat ROS, tanya pasai status permohonan tu, aku yakin tentu punya ROS jawab.Pasai pro-tem Pakatan Rakyat dah ada ketua sejak Mac, aku rasa tak salah kalau aku kata yang Kamaruddin Jaafar, bekas Setiausaha Agung PAS patut disalahkan pasai tak serius nak mendaftarkan Pakatan Rakyat. Kalau betul-betul serius takkan sejak Mac hari tu baru semalam timbul cerita pasai masalah pendaftaran Pakatan Rakyat ni.
Tambah pulak la kalau pimpinan utama ketiga-tiga parti utama PR buat temujanji nak pi ke pejabat ROS, silap-silap belum sampai masa temujanji tu ROS dah jawab pasai status permohonan tu.
Kalau Anwar Ibrahim, Hj Hadi atau Lim Kit Siang telefon depa tak jawab, aku yakin kalau TG Nik Aziz yang telefon depa tentu jawab punya. - Ibid.
Takkan kut Kamaruddin Jaafar termasuk dalam kalangan ahli PAS yang tak setuju dengan siste 2 parti macam Cikgu Pa kata sebelum ni kut.
Sebelum ni Harakahdaily ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS merumuskan sistem dua parti pasti akan berlaku juga di negara ini suatu masa nanti dengan jangkaan sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang.
Kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk diwujudkan sistem itu kerana masih terdapat di kalangan ahli PAS sendiri yang tidak bersedia untuk menerimanya.
Menurut beliau, keadaan itu berlaku disebabkan sesetengah ahli PAS masih tidak memahami keperluan sistem 2 parti, ekoran kegagalan mereka memahami "Tahaluf Siyasi" antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis