Macamana Perak boleh tertinggal ni? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 23, 2011

Macamana Perak boleh tertinggal ni?


Hasan Ali HIMPUN Perak
Bernama melaporkan:
PUTRAJAYA, 21 Dis (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan semua Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam negeri akan membincangkan pendekatan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam berhubung isu murtad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan itu juga akan menumpukan kepada isu lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) di kalangan masyarakat Islam.

"Saya dah minta supaya Jakim mengaturkan pertemuan tersebut dalam masa yang terdekat supaya kita memaklumkan berkenaan kewujudan enakmen ini kepada masyarakat dan supaya ia dikuatkuasakan," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat tidak menyedari kewujudan enakmen tersebut sejak 1980 lagi sehingga terdapat desakan supaya digubal enakmen atau akta bagi keperluan menangani isu murtad dan LGBT.

Jamil Khir berkata oleh itu perbincangan itu dirasakan perlu dan yang menjadi perkara utama ialah untuk mencapai persepakatan daripada segi pendekatan atau tindakan untuk penguatkuasaan enakmen itu.

Katanya Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam wujud di semua negeri kecuali Perak, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. - Bernama.
Aku rasa ramai yang terlepas pandang berita ni. Aku pun baru terperasan, tu pun pasai bukak google reader nak tengok apa berita panas yang Bernama laporkan.
 
Rupa-rupanya, baru aku tau. Aku ingatkan undang-undang tu meliputi seluruh negara, rupa-rupanya tak. Nasib baik la ada kontroversi pasai LGBT sebelum ni, kalau tak mungkin Jamil Khair pun taktau pasai ni.
 
Yang paling aku mushkil macamana Perak pun boleh termasuk dalam negeri yang takdak undang-undang tu.

Kalau ditengok kepada negeri-negeri yang takdak undang-undang tu cuma Perak saja negeri yang ada sultan yang penchachai United Malay Nasional Organisation selalu kata sebagai ketua agama dan pelindung agama Islam, yang takdak undang-undang macam tu.

Daripada sibuk dengan isu metalik, lebih baik la blogger penchachai United Malay Nasional Organisation yang mengaku pejuang Islam di Perak desak Dr. Zambry 'ee' Kadir buat undang-undang macam tu di Perak. Malu la mengaku pejuang Islam kalau lebih 50 tahun memerintah Perak tapi kalah dengan Melaka yang takdak sultan.

Yang aku herannya, sebelum ni Mufti Perak, Ust Harussani cukup vokal dalam isu murtad ni, heboh seluruh negara bila dia keluarkan kenyataan yang beratus ribu orang Islam dah murtad. Takkan dia tak sedar kut yang selama ni Perak takdak undang-undang pencegahan murtad macam negeri-negeri lain yang ada sultan.

Katanya Sabtu lepas lebih 3,000 hadir program HIMPUN. Patutnya Dr. Hasan Ali sebut fakta ni masa berucap hari tu. Dengan kekuatan seramai tu, patutnya Dr. Hasan ajak depa desak Zambry 'ee' Kadir cepat-cepat buat enakmen macam tu di Perak.

Sebaiknya Zambry patut buat sidang DUN awal tahun depan. Kalau lambat takut tak sempat pulak. Takkan nak buat selepas PRU13, pasai masa tu hampir pasti bukan Zambry yang jadi MB Perak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...