Ok jugak mainan politik Cikgu Pa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 22, 2011

Ok jugak mainan politik Cikgu Pa


Hasan Ali TV3
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Datuk Dr Hasan Ali (gambar) mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua.

"Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan.

"Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi. - Hrkh.
Nampak gayanya strategi yang Cikgu Pa ambil dalam isu 2 bekas pemimpin utama PAS ni membuahkan hasil, terutama sekali Dr. Hasan Ali.
 
Walaupun ramai yang tak berapa selesa Cikgu Pa dilantik jadi Setiausaha Agung, tapi kita kena terima hakikat yang Cikgu Pa bukan calang-calang ahli politik. Memang patut pun, sebagai antara ahli PAS yang paling berpengalaman berpolitik termasuk pernah jadi Timbalan Menteri masa PAS dalam Barisan Nasional dulu, memang sepatutnya pun Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agung mampu berhadapan dengan kes macam ni.

Memang ramai yang terkejut bila Cikgu Pa buat statement bagitau betapa Ust Nasha dan Dr. Hasan Ali tak hadir mesyuarat selepas tak dipilih/dilantik semula ke jawatan depa dulu. Malah ada yang membelasah tindakan Cikgu Pa.

Hari ni, nampak ada kesan besar hasil tindakan Cikgu Pa tu. Kita boleh nampak macamana sebenarnya Dr. Hasan Ali bila dia mengelupur sakan.

Dr. Hasan Ali dalam wawancara di TV3 semalam sampai tahap bagitau yang dia takdak masalah untuk bekerjasama dengan Zulkifli Nordin, satu susuk tubuh yang semua orang tau status dia dengan PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Kalau sapa tengok wawancara semalam, memang dah boleh dapat gambaran macamana pandangan Dr. Hasan Ali sekarang berkaitan dia dalam PAS dan juga dengan Pakatan Rakyat.

Kalau ikut lenggok cara dia cakap semalam, nampak macam sesuai sangat Dr. Hasan Ali masuk PERKASA.

Beberapa hari lepas, Dr. Hasan Ali tanpa selindung, membelasah konsep Negara Berkebajikan yang PAS bawa hasil persetujuan sebulat suara Muktamar Agung PAS Pusat.

Pada aku, ahli PAS yang percaya dengan konsep berjamaah tentu dah boleh terima tindakan Cikgu Pa.

Berbeza pulak dengan Ust Nasha, walaupun nampak ada sikit usaha nak mempertahankan diri, tapi nampak macam Ust Nasha ambil pendekatan berbeza.

Bila Ust Nasha buat kenyataan yang dia takdak niat langsung nak masuk Umno, orang PAS boleh terima pengakuan dia tu. Malah Dewan Ulama siap ucap syabas lagi.

Apa pun, Ust Nasha lepas ni kena buktikan dengan tindakan pulak. Kalau setakat pengakuan dengan mulut saja tak jadi kalau dia tetap jugak tak hadir mesyuarat AJK PAS Pusat dan tetap tak mesra jamaah macam sebelum ni.

[Kredit imej: LensaHp]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...