Lagi jawapan bangang ROS 'si anjing Umno' | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Mei 21, 2011

Lagi jawapan bangang ROS 'si anjing Umno'

Bernama melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjawab notis pembatalan pendaftaran yang dikeluarkannya terhadap parti itu dalam tempoh yang ditetapkan dan bukan menggunakan saluran media untuk memberi jawapan.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata notis itu adalah mengikut Seksyen Kecil (2), Seksyen 13, Akta Pertubuhan 1966, di mana PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun depan untuk memberi sebab memuaskan mengapa pendaftaran parti itu tidak patut dibatalkan.

Beliau memberitahu Bernama bahawa pihak yang diberi notis tersebut hanya perlu untuk menjawab balik notis itu berserta dengan alasan-alasan kukuh dalam tempoh masa yang diberikan.

"Apabila ROS keluarkan notis, mengikut Akta Pertubuhan 1966, pihak yang ditujukan perkara tersebut diminta menjawab dalam masa yang diberikan, menggunakan saluran yang sama, bukan menggunakan saluran media kerana ia dianggap kurang manis," katanya. - Bernama
Aku tak berapa nak peduli sangat betul ka dak tuduhan yang ROS buat tu. Pada aku tak penting tara mana sangat samada betul PRK ada buat benda yang bertentangan dengan perlembagaan depa sendiri. Kalau betul memang ada macam tu, memang bangang la PKR. Cumanya aku tak rasa PKR sebangang tu, buat tindakan yang menyalahi perlembagaan sendiri.

Dan kalau betul memang ada berlaku benda macam tu dan memang ROS ada kuasa untuk batalkan pendaftaran PRK paasai kesalahan tu, memang patut sangat ROS buat tindakan hantar surat suruh PKR jawab pasai apa pendaftaran PKR tak patut dibatalkan.

Tindakan tu "lebih manis" dari kalau tiba-tiba ROS keluarkan surat kata pendaftaran PKR dibatalkan tanpa surat amaran atau surat tunjuk sebab macam tu.

Walau apa pun, statement dari Ketua Pengarah ROS tu menampakkan betapa BANGANG jadinya bila kakitangan kerajaan terutama sekali yang berpangkat besar macam tu beraksi macam 'si anjing Umno.'

'Kalau nak dianggap manis lain kali jangan 'main politik' dengan parti politik. Bukan takat parti politik, pertubuhan apa pun akan jawab melalui media selain dari jawab bersurat 'menggunakan saluran yang sama' depa akan jawab guna media jugak.

Mana logik nak suruh parti politik buat diam benda-benda penting macam tu. Memang sepatutnya la bagi parti politik gunakan "saluran lain" untuk jawab benda-benda penting macam ni. benda penting macam ni mesti nak kena bagi riuh. Paling kurang pun ahli dan penyokong nak kena tau.

Tambah-tambah pulak isu yang boleh dapat political mileage macam tu, tentu la depa gunakan media untuk dapat sebanyak mungkin political mileage.

Macamana la Ketua Pengarah satu agensi kerajaan yang cukup penting macam ROS ni boleh bagi jawapan yang BANGANG macam tu. Buat malu jaa.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...