Malaysiakini melaporkan:
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.Aku nampak episod kes Khir Toyo sampai ke tahap dijatuhkan hukuman penjara dan harta dirampas ni, tak lebih sekadar mainan politik Umno BN. Khir Toyo terpaksa dikambinghitamkan, macam beberapa kes berprofail tinggi sebelum ni untuk baiki persepsi ke atas Umno dan juga badan kehakiman.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.
Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.
Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut. - Mkini.
Lagi pun Umno BN dah takdak cara lain pasainya kes Khir Toyo ni memang jelas sangat, memang tak patut sangat kalau mahkamah membebaskan dia. Tambah-tambah pulak kes ni memang semua rakyat terutama sekali rakyat negeri Selangor perati selepas didedahkan secara meluas dalam internet. Kalau Khir Toyo dibebaskan seolah-olah mengesahkan yang memang mahkamah tak bebas.
Dengan menghukum Khir Toyo, Umno BN boleh gunakan episod ni sebagai hujjah nak bagitau kepada rakyat kononnya mahkamah di Malaysia ni adil dan tak kira sapa termasuk pemimpin Umno. Sedangkan realitinya semua orang yang peka boleh perasan, boleh nampak yang Umno memang kawal mahkamah terutama sekali dalam kes-kes yang melibatkan orang politik.
Kalau mengikuti perbicaraan kes liwat 1.0 Anwar Ibrahim dan kes kudeta di Perak memang jelas sangat mahkamah dikongkong.
Lagi satu, dalam banyak-banyak salah laku Khir Toyo ni, cuma kes ni yang dipilih untuk didakwa, pasainya kes ni paling senang dan cuma melibatkan Khir Toyo dengan Shamsuddin Hayroni, pengarah Ditamas Sdn Bhd saja. Jadinya kalau nak bising pun cuma Khir Toyo sorang.
Tu pun aku yakin Khir Toyo takkan bising pasainya dah tentu ada skrit yang dipersetujui bersama. Lagi pun dia memang salah dan hukuman tu pulak tak seberapa berbanding kesalahan-kesalahan dia yang tak didakwa.
Tambah pulak episod kes ni belum tamat dan masih jauh lagi. Tentu punya Khir Toyo akan buat rayuan dan hukuman tu ditangguhkan. Tah bila kes ni akan selesai tak tentu lagi.
Lagi pun, Khir Toyo cuma 'bekas' pemimpin BN macam Ling Leong Sik yang jugak dikambinghitamkan dengan skandal PKFZ sebelum ni yang kes dia pun belum jugak selesai
Kalau Khir Toyo bernasih baik, mungkin kes dia jadi macam kes Shariff Jajang, bekas ADUN Dengkil, yang dua hari lepas dibebaskan dari tuduhan rasuah kes hartanah jugak. Ramalan aku, kalau Umno BN terus memerintah selepas PRU13, Khir Toyo pun akhirnya akan dibebaskan.
Cumanya yang aku mushkilnya pasai apa Khir Toyo keluarkan kenyataan bagitau yang dia akan buat pengumuman berkenaan masa depan politik dia pada 9 Januari depan. Kalau dah disabit bersalah takkan Umno nak benarkan dia bertanding lagi kut.
Tah apa perancangan dia pilih tarikh 9 Januari tu tak pasti tapi yang semua orang tau tarikh 9 Januari tu adalah tarikh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan buat keputusan perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis