Kalau tengok gambar kat sebelah tu, SPR sebenarnya dah memang bersedia untuk buat pilihanraya pada bila-bila masa ja dari pada sekarang.
Katanya hampir semua parlimen dah pun buat taklimat macam tu. Ada yang dah selesai dan ada lagi katanya yang akan dibuat dalam masa terdekat ni. Maknanya memang SPR dah bersedia, cuma tunggu keputusan mimpi Najib Rosmah saja.
Tak kira la mimpi Najib Rosmah sendiri atau pun mimpi para ahlil nujum tukang telek dia yang katanya ada beberapa orang dari berbagai bangsa termasuk yang dari India.
Katanya, taklimat macam tu biasanya cuma valid dalam masa 3 bulan saja, kalau takdak jugak pilihanraya dalam masa 3 bulan ni katanya SPR akan buat taklimat semula. Tapi katanya juga tak pernah lagi jadi macam tu, maknanya memang dah hampir pasti pilihanraya umum ke 13 akan dibuat dalam masa 3 bulan ni.
Cuma masalahnya bila Najib akan bubarkan parlimen?
Ada yang kata tak mungkin Najib akan adakan pilihanraya hujung tahun ni atas alasan hujung tahun ni dijangkakan banjir besar akan melanda negara.
Aku pilih untuk berbeza pendapat. Aku pilih untuk setuju dengan pendapat ketua UPU tempat aku. Dia kata tak mustahihl Najib saja pilih untuk buat pRU13 masa musim banjir pasainya musim banjir sebenarnya bagi banyak kelebihan kepada Umno BN untuk menang.
Macam masa PRK Tenang dulu yang berlangsung masa tenang dilanda banjir, calon Umno memang besar mengalahkan Cikgu Mala yang mewakili PAS.
Katanya, jentera PAS memang hadapi banyak masalah disebabkan banjir. Walaupun calon Umno pun sukar jugak nak bergerak tapi kempen Umno BN terutamanya dalam TV berjalan lancar tanpa gangguan.
Cuba bayangkan masa PRU13 nanti, berlaku masa banjir. Dah tentu Unit Amal PAS tak mampu untuk cover semua kawasan pasai semua kena tumpu di kawasan sendiri.
Cuba bayangkan macamana payahnya jentera pilihanraya Pakatan Rakyat nak bergerak. Ceramah kelompok kalau berjaya dibuat pun berapa kerat sangat yang akan hadir, lain la kalau boleh di buat di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir.
Berbeza dengan calon Umno BN, depa tentunya lebih mudah bergerak dengan bantuan jentera JPAM dan RELA yang katanya sudah bersedia untuk hadapi 'bala' banjir.
Semua pusat-pusat pemindahan mangsa banjir tentunya akan dikuasai oleh jentera Umno BN termasuk di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat sebab hampir semua kebanyakkan pusat pemindahan tu adalah sekolah-sekolah atau dewan yang terletak di bawah kuasa kerajaan pusat. Kecuali la pusat-pusat pemindahan yang di buka secara tak rasmi di markaz-markaz PAS.
Cuba bayangkan betapa mudahnya jentera Umno BN nak berkempen dalam keadaan hampir semua pengundi berkumpul di pusat-pusat pemindahan tu.
Lagi satu kelebihan untuk Umno BN, bila banjir tentu ramai pengundi luar yang tak dapat balik untuk mengundi dan memang semua orang tau calon Pakatan Rakyat terutama sekali di kawasan pendalaman memang mengharapkan undi pengundi yang duduk diluar pasai kebanyakkan depa-depa ni lebih banyak terdedah kepada maklumat dari sumber media baru yang lebih berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Banyak lagi faktor lain yang menguntungkan Umno BN kalau PRU13 ni dibuat masa musim banjir termasuk masalah untuk mobilasi pimpinan utama pakatan Rakyat untuk jumpa ramai pengundi.
Jadinya tak mustahil Najib Rosmah akan bubarkan parlimen dalam masa terdekat ni dan akan adakan PRU13 masa musim banjir hujung tahun nanti.
Persoalannya sekarang ni, adakah Pakatan Rakyat cukup bersedia untuk hadapi PRU13 masa musim banjir? Lu fikir la sendiri... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis