Terima kasih KPN pasai tangkap 13 orang tu guna ISA | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 18, 2011

Terima kasih KPN pasai tangkap 13 orang tu guna ISA


Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mempertikaikan tindakan penahanan 13 individu dipercayai anggota militan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Tawau, Sabah awal minggu ini kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.

Katanya, tindakan itu mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang, selain berdasarkan maklumat risikan.
 
"Sebagai Ketua Polis Negara, saya tidak akan berkompromi dengan mana-mana cubaan mengancam keselamatan negara kita. Malah, kita mempunyai sumber perisikan yang kuat dengan rangkaian kerjasama di seluruh dunia.

"Penahanan itu dibuat berdasarkan maklumat risikan dan saya meminta fakta mengenainya tidak diputarbelitkan hingga mengelirukan rakyat," katanya. - Bharian.
Kalau tak nak rakyat pertikai jangan la tahan dibawah ISA. Banyak lagi akta lain yang ada takkan takdak satu pun yang boleh dikaitkan.
  
Kalau betul depa tu anggota militan, takkan depa tu takdak senjata, tahan la depa tu dibawah akta senjata api.
  
Yang nyatanya, bila ditahan di bawah ISA tu menunjukkan yang polis sebenarnya tak cukup bukti. Kalau cukup bukti untuk apa takut untuk tahan di bawah akta lain, pasai apa perlu tahan di bawah ISA yang tak perlu didakwa di mahkamah.

Pun begitu, aku nak ucap terima kasih la kat Ketua Polis Negara pasai tahan 13 orang tu di bawah ISA. Tindakan tu menunjukkan yang kerajaan sebenarnya tak ikhlas nak mansuhkan ISA.

Tindakan penahanan menggunakan ISA tu juga menunjukkan yang 2 undang-undang yang katanya akan menggantikan ISA tu tentu punya tak banyak berbeza dengan ISA terutama sekali berkenaan penahanan tanpa bicara.

Tentu punya laa.. Apa pun kita nantikan bersama macamana rupa bentuk 2 akta baru yang akan gantikan ISA tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...