ROS takkan berani luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat sebelum PRU13 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, November 16, 2011

ROS takkan berani luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat sebelum PRU13


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pemimpin Pakatan Rakyat mahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memberi jawapan bertulis berhubung status permohonan mendaftarkan 'Pakatan Rakyat' sebagai parti.

Sehingga kini menurut Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, ROS tidak memberi jawapan hitam putih berhubung perkara itu kepada pihaknya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini, beliau berkata, jawapan dari ROS itu penting sebelum pihaknya mengemukakan permohonan baru.

"ROS mestilah keluarkan keputusan hitam putih terhadap status permohonan terdahulu yang melibatkan Datuk Zaid Ibrahim.

"Kalau dia kata tolak, tolak...alasanya apa, Zaid tak anggotai PKR," katanya sambil menegaskan akan menunggu surat itu terlebih dahulu.. - Hrkh.   
Kalau tengok komen yang ROS bagi baru ni nampak sangat yang ROS memang nak lengah-lengahkan proses pendaftaran Pakatan Rakyat tu.
 
Memang pun sebagai 'si anjing Umno', wajar sangat kakitangan ROS yang bermazhab Umno BN akan berusaha untuk tak daftarkan PR sekurang-kurangnya sebelum PRU13. Pasainya kalau berjaya didaftarkan masa PRU13 nanti calon-calon PR boleh gunakan satu lambang yang tentunya akan melambangkan kesepakatan PR.

Keadaan tu diyakini akan menguntungkan PR dan tentunya akan merugikan BN. Jadinya kut mana pun proses pendaftaran tu kena dilengahkan. Alasan sebab lengah tu tak penting mana pun, belasah ja alasan apa  pun, bagi alasan bangang pun takpa, yang pentingnya proses pendaftaran tu dilengahkan sekurang-kurangnya sehingga PRU13 selesai.

Sebelum ni Malaysiakini ada melaporkan:
Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman menafikan bahawa Pakatan Rakyat telah menghantar wakil untuk memfailkan permohonan baru untuk mendaftar gabungan itu.

Dalam temu bual dengan Utusan Malaysia, Abdul Rahman (kiri) membidas pemimpin-pemimpin Pakatan - Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke yang mendakwa terdapat ‘muslihat politik’ apabila ROS enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.

Sebaliknya, dalam temu-bual dengan akhbar milik Umno itu, katanya, Pakatan tidak bersungguh-sungguh bagi mendaftarkan gabungan itu.

Menurut Abdul Rahman, permohonan pertama yang dibuat oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim adalah terbatal secara automatik selepas beliau keluar PKR pada November tahun lalu.

“Dia (Saifuddin) sendiri pun tak faham bahawa bila Datuk Zaid tidak lagi jadi ahli PKR (pada 14 November 2010 setelah umumkan keluar daripada PKR) dan tidak ada kedudukan lagi dalam parti itu, maka permohonan itu terbatal dengan sendirinya.

“Bila tak faham, dia bising pada press (surat khabar). ROS tak boleh bagi kelulusan sebab individu yang memohon (untuk dibentuk gabungan) itu sudah meletak jawatan,” katanya.

Bagaimanpun Abdul Rahman mengakui ‘buruknya ROS’ sebab tidak menasihatkan Pakatan berhubung apa yang perlu dilakukan selepas Zaid berpaling tadah.

“Maksudnya yang pertama ialah kalau kita luluskan, kita sebenarnya luluskan kepada Datuk Zaid kerana dialah pemohon. Ini bermakna, kelulusan kepada Datuk Zaid tetapi kalau kita bagi, jadi bodohlah kita sebab kita tahu dia bukan lagi ahli PKR.

“Yang kedua, kita tolak sahaja permohonan itu. Tetapi bila tolak nanti, pembangkang akan kata ‘kami nak buat rayuan pada menteri’. Sedangkan realitinya, permohonan itu sudah tidak ada locus standi,” katanya. - Mkini.
Apa pun, pro-tem Pakatan Rakyat perlu terus desak dan tekan ROS ni. Biar rakyat nampak gelabak ROS nak cari alasan, biar sampai tahap ROS tersilap bagi alasan yang boleh menjerat diri sendiri. Kalau pun tak diluluskan jugak sebelum PRU13 sekurang-kurangnya rakyat kena nampak yang pro-tem PR ni sungguh-sungguh buat kerja ke arah tu dan memang ROS yang melengah-lengahkan pendaftaran PR tu.

Cumanya, yang aku sikit mushkil pasai apa sampai hari ni masih tak dengar kenyataan dari Kamaruddin Jaafar yang katanya dah dilantik pengerusi pro-tem menggantikan Zaid Ibrahim sejak bulan Mac lepas.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...