Sebab sebenar Ezam keluar PKR | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, November 18, 2011

Sebab sebenar Ezam keluar PKR


Malaysiakini melaporkan:
Dr Syed Husin menulis dalam bab "Alasan Ezam keluar parti" dalam memoirnya, Ezam pernah memberitahunya sebulan sebelum meletakkan jawatan bahawa beliau kesempitan wang dan malu kerana bergantung kepada pendapatan isteri.

Beliau juga didakwa berkata "kena cari peluang" mendapatkan satu dua jawatan pengarah dan perkara itu hanya boleh menjadi kenyataan jika ada bukti beliau sudah meninggalkan parti. - Mkini.
Aku sebenarnya memang sejak dari mula tak pernah suka dengan Ezam ni. Terutama sekali cara dia yang puja Anwar gila-gila sebijik macam puak-puak Umno puja Dr. Mahathir masa tu.
 
Aku jugak langsung tak terkejut bila Ezam ambil keputusan keluar dari PKR dan mula belasah Anwar pulak lepas tu. Memang standard cara pemimpin Umno.

Walau apa pun hujjah Ezam menafikan cerita Dr. Syed Husin Ali tu, aku lebih selesa untuk percaya apa yang Dr. Syed Husin Ali kata tu.

Memang realitinya pun, ramai penggerak reformasi dulu terpaksa berpatah balik kepada Umno pasai tak tahan dengan tekanan kewangan yang terpaksa depa hadapi. Tambah-tambah pulak yang terpaksa bayar hutang yang depa buat sebelum zaman reformasi, masa depa berpendapatan mewah dengan rezeki 'kurniaan' Umno.

Apa pun, aku tak sangat salahkan Ezam bila dia ambil keputusan tinggalkan perjuangan Reformasi bersama PKR. Memang patut pun kalau dia terasa hati dengan Anwar dan terutama sekali dengan Azmin. Memang tak patut sangat Ezam sebagai Ketua Pemuda dan tenaga penting di belakang perjuangan Anwar terutama sekali masa Anwar dalam perjara terpaksa bergantung hidup dengan pendapatan isteri sedangkan Azmin boleh pulak hidup mewah.

Malaysiakini juga melaporkan:
Dalam reaksinya kepada Malaysiakini hari ini, Ezam yang kini bergiat dalam BN berkata, perbualannya seperti dirakam semula Dr Syed dalam Memoir Perjuangan Politik bukan dalam konteks keluar parti.

Sebaliknya, kata Ezam, beliau ketika itu menceritakan kesusahannya, antaranya kerana tidak mempunyai kerja, sebagai respons kepada "kekecewaan" Dr Syed Husin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang didakwa mewah.

"Pada ketika itulah saya kongsi dengannya bahawa saya memang susah. Selama berjuang bergantung gaji tetap isteri dan usahaniaga di Indonesia yang pada masa itu kebetulan sedang merosot dan ditutup.

"Justeru cerita saya susah padanya dalam konteks itu," kata senator BN itu menjawab dakwaan Syed Husin Ali yang juga senator Pakatan Rakyat.

Ezam berkata, kerana hormatkan Dr Syed Husin, beliau banyak menghabiskan masa minum teh bersamanya dan melayan "kekecewaannya disisih Anwar dan Azmin" walaupun menjadi timbalan presiden ketika itu.

Justeru, kata Ezam lagi, beliau hairan mengapa Dr Syed Husin sanggup memulatbelitkan konteks sebenar perbualan mereka. - Ibid.
Yang aku mushkilnya, pasai apa sampai sekarang ni Ezam tak dedahkan sumber sebenar kemewahan Azmin macam yang dia dakwa tu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...