Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Penahanan 13 anggota kumpulan militan di Sabah baru-baru ini menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.Dalam pada itu Bharian pulak melaporkan:
“Saya bertindak atas maklumat risikan bukan dalam negara sahaja, (malah) dari serata dunia. Ini (isu keselamatan) berhubung kait dengan rantau lain.
“Ini bukan isu main-main.
“Saya terpaksa bertindak ikut kekuatan undang-undang yang masih relevan di negara kita and saya telah memberi penjelasan kepada Menteri Dalam Negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat Polis Diraja Malaysia untuk perwakilan asing di Maktab PDRM Cheras di sini. - TMI.
PRESIDEN Barack Obama mahu Malaysia yang disifatkannya sebagai negara berpengaruh di rantau ini selain dalam kalangan negara Islam, memainkan peranan produktif, penyelesaian konflik dan boleh membantu ke arah kestabilan serta kemakmuran dunia. - Bharian.Aku nampak dua laporan tu sangat berkaitan. Aku syak, memang kementerian dalam negeri dah dapat arahan buat tindakan macam tu untuk ujudkan persepsi positif di mata Obama sebelum Najib masuk mengadap Obama tu.
Najib dijadualkan berjumpa dengan Obama di Bali, dan memang dah berjumpa pun. Pertemuan tu adalah pertemuan 4 mata kelai kedua untuk kedua-dua pemimpin tu.
Malaysia sebelum ni berbangga bila Amerika dikata meniru Malaysia bila Amerita mengujudkan kem Abu Gharib yang hampir sama dengan kem Kamunting yang tahan 'pengganas' tanpa bicara.
Mungkin Najib nak bagitau kat Obama yang walaupun Malaysia nak mansuhkan akta ISA tapi Malaysia akan tetap bersama Amerika untuk menentang 'pengganas Islam'.
Realiti sekarang ni, Najib tak perlu nak impress Amerika untuk boleh berjumpa dengan Obama.
Kalau dulu, perjumpaan macam tu memang boleh dibanggakan pasai bukan mudah Presiden Amerika nak jumpa dengan pemimpin negara kerdil macam Malaysia.
Tapi realiti sekarang ni, aku rasa Obama yang lebih memerlukan perjumpaan tu berbanding Najib. Dengan keadaan ekonomi Amerika yang semakin merudum teruk dengan hutang mencecah trillion dollar, Amerika sebenarnya sangat memerlukan perdagangan du hala termasuk dengan negara sekerdil dan sekecil Malaysia.
Bharian juga melaporkan:
Malah dalam ucapan pembukaan ringkasnya sebelum mesyuarat itu bermula, Obama berkata, hubungan AS dan Malaysia adalah kukuh, yang dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
“Saya menghargai kerjasama luar biasa yang kami terima.... kami mahu menjadi rakan yang akrab dengan Malaysia.
“Jadi, terima kasih banyak-banyak Perdana Menteri,” katanya dan menambah bahawa kepemimpinan Najib berjaya meneruskan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Oleh itu, kata Obama, mesyuarat dua hala berkenaan akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan mengenai bagaimana mereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan bersama di rantau ini. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis