MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Nov — Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu ini, tetapi tarikh khusus belum ditetapkan lagi.Juga dilaporkan:
Mengesahkan laporan The Malaysian Insider hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menjelaskan tarikh pembentangan rang undang-undang tersebut masih belum ditetapkan lagi.
Nazri (gambar) berkata perkara itu telah dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Jumaat lalu - TMI.
Antara lain peruntukan penting yang akan dibawa undang-undang itu — yang bakal dikenali sebagai akta kebebasan berhimpun — memerlukan “persetujuan” pelbagai pihak apabila satu-satu perhimpunan awam atau perarakan hendak diadakan.Nampak gayanya, Najib tak bertangguh untuk bentangkan RUU ni macam 2 akta baru yang bakal menggantikan ISA.
“Dalam lain perkataan, akta ini akan menyediakan peruntukan mengenai masa, hari dan tempat satu-satu perhimpunan atau perarakan boleh diadakan... misalnya perarakan atau perhimpunan hanya boleh diadakan pada hujung minggu atau hari-hari tertentu, di tempat yang khusus agar tidak mengganggu orang ramai,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini ada cadangan bahawa perhimpunan awam boleh diadakan di tempat-tempat khusus seperti stadium. - Ibid.
RUU ni diujudkan pasai nak sekat himpunan macam himpunan BERSIH 2.0 dibuat lagi. Jadinya memang pun tak patut ditangguhkan untuk dibentangkan pasainya sekarang ni semakin kerap kedengaran desakan supaya diadakan himpunan BERSIH 3.0
Kut mana pun, RUU ni menti diluluskan sebelum PRU13 pasai kemungkinan BERSIH 3.0 dibuat sebelum PRU13 sangat besar terutama sekali kalau PRU13 diadakan jugak sebelum Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pembaikan pilihanraya habis bermesyuarat.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis