Jangan lupa temujanji kita 27 Nov nanti | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 20, 2011

Jangan lupa temujanji kita 27 Nov nanti


Harakah melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dewan Pemuda PAS Perak akan mengadakan himpunan seluruh anggotanya pada 27 November ini sebagai persiapan terakhir berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijadual bila-bila masa dari sekarang.

Himpunan tersebut akan di adakan di Dataran Purnama, Kampung Kedah, Parit Buntar.

Menurut setiausahanya Salman Saleh, Himunan Pemuda PAS Perak atau Hempap itu bakal mengumpulkan seluruh petugas jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak bagi menerima amanat dan juga arahan pimpinan PAS.

"Kami telah memilih tema Hempap kali ini dengan warna kuning bagi menyemarakkan gelombang kuning yang telah digerakkan oleh tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). Ianya sebagai penerus atau pasca BERSIH 2.0 yang telah berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 yang lalu.
 
"Dan sepertimana yang telah dinyatakan oleh kepimpinan PAS, jika pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal melaksanakan tuntutan BERSIH 2.0 ini maka BERSIH 3.0 akan digerakkan. Kami mengambil inisiatif ini untuk menggerakkan pra BERSIH 3.0 di Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
 
Faktor memilih Parit Buntar untuk himpunan kali ini pula jelasnya kerana mahu memastikan parlimen tersebut dan Dewan Undangan Negeri di bawahnya akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.
 
"Dan kami juga merasakan momentum himpunan ini akan turut memberikan kesan kepada kekuatan PAS di utara Perak," katanya. - Hrkh.
Katanya, Dewan pemuda PAS Parit Buntar diarahkan untuk himpun paling kurang 2,000 orang pemuda Parit Buntar untuk bersama-sama dalam himpunan ni.
 
Satu target yang cukup tinggi untuk DPPKPB. Tambah-tambah pulak tarikh 27 November tu cukup banyak yang buat kenduri kahwin dan biasanya di kampung-kampung golongan mudalah yang banyak terlibat dalam kerja-kerja gotong royong masa kenduri ni.

Apa pun aku harap semua pemuda PAS Parit Buntar sema-sama sambut seruan untuk berhimpun ni yang katanya sebagai pra BERSIH 3.0 dan DPPK mampu capai target tu.
 
Jom sama-sama kita dengar amanat dari pimpinan PAS terutama sekali dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sebagai persiapan untuk hadapi PRU13 dan dalam masa yang sama bersiap untuk BERSIH 3.0...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...