Malaysiakini melaporkan:
Pengumuman kerajaan negeri Selangor untuk hanya membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Jun tahun depan mengundang kegusaran pelbagai pihak, terutamanya di kalangan BN dan Umno, kata setiausaha politik, menteri besar, Faekah Husin.Sebelum ni, Malaysiakini ada melaporkan:
Katanya, ramai daripada mereka itu melenting dan pelbagai tuduhan pula dilemparkan.
Menurutnya, kerajaan negeri melihat tiada sebab pilihan raya awal diadakan kerana mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang hanya akan tamat selepas Mac 2013. - Mkini.
Kerajaan Negeri Selangor disifatkan takut memberi mandat kepada rakyat berikutan keengganannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekalipun jika Kerajaan Persekutuan bertindak membubar Parlimen.Memang betul macam kata Faekah tu, Umno BN memang susah hati kalau PRU13 tak serentak di negeri Pakatan Rakyat pasai akan merugikan Umno BN dan bagi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Keadilan Rakyat itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.
"Bila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun.
"Kalau nak buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada 529 pelajar Tingkatan Satu hingga Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor petang ini. - Mkini.
Macam yang Noh Omar kata tu, bila buat dua kali pilihanraya kos pun kena keluar 2 kali. Umno BN nak kisah sangat sebenarnya pasai SPR kena keluar belanja 2 kali, berapa puluh juta sangat pun belanja SPR nak buat pilihanraya tu.
Tentu Noh Omar lebih risau kos yang terpaksa Umno BN keluar untuk hadapi sekali lagi pilihanraya. Tambah-tambah pulak pilihanraya kali ni dijangka pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah dan tentunya Umno BN akan belanja habis-habisan untuk pastikan depa menang lagi. Nak belanja habis-habisan macamana kalau nak kena simpan jugak untuk pilihanraya sekali lagi.
Lagi satu, kalau PRU13 diadakan lebih awal, negeri-negeri Pakatan Rakyat boleh perbaiki lagi keadaan berdasarkan keputusan PRU tu sebelum buat pilihanraya peringkat Dun. Sebagai kerajaan tentu Pakatan Rakyat lebih banyak kelebihan untuk buat penambahbaikan berbanding Umno BN.
Yang menariknya, dalam laporan tu, Noh bagi contoh Kelantan yang sejak di pegang PAS sentiasa ikut pusat masa pilihanraya umum, tak pernah Kelantan tak bubar dun dila parlimen di bubar.
Memang tak dinafikan Kelantan tak pernah buat pilihanraya berasiangan. Pasainya kalau Kelantan buat pilihanraya berasingan masa tu, keadaan akan jadi terbalik pulak. Cuba bayangkan satu Malaysia punya jentera dan dana Umno BN berkampung di Kelantan, tu nama dia nak menempah maut...
Setakat ni Selangor dan Penang nampak gayanya hampir pasti takkan buat pilihanraya sekali dengan pusat. Kelantan sebelum ni dengar macam tak berapa setuju buat berasingan. Kedah pulak aku belum jumpa lagi komen Ust Azizan.
Kalau bajet jadi kreteria utama, aku tak heran kalau Kelantan dan Kedah tak setuju buat pilihanraya asing pasai memang semua oang tau Kelantan dan Kedah memang kurang sikit bab ni. Tapi taktau la pulak, mungkin aulawiyat kali ni berbeza.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis