Polis pun guna penyembur serbuk lada? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, November 15, 2011

Polis pun guna penyembur serbuk lada?


Malaysiakini melaporkan:  
Seorang belia yang terbabit dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mendakwa bahawa anggota polis menendang dan memukulnya.

Hanafi Hawari (kanan), semasa memberi keterangan dalam siasatan awam yang diadakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata tiga atau empat anggota polis yang menyerangnya itu juga menyembur matanya sebanyak empat kali dengan semburan lada dan mencacinya. - Mkini.  
Timing yang sangat tepat, setelah 4 bulan himpunan BERSIH 2.0, kehangatan memori himpunan bersejarah tu dibongkar balik sementara menanti debaran himpunan BERSIH 3.0

Timing yang sangat-sangat sesuai dengan kehangantan PRU13 yang semakin semakin terasa bahangnya. Juga seiringan dengan desakan supaya dibuat himpunan BERSIH 3.0 yang semakin kerap dilaungkan.

Adakah anak muda akan jadi penakut dengan pembongkaran kekejaman polis macam ni? Ataupun anak muda akan jadi lebih bersemangat dengan persediaan fizikal, mental dan tektikal yang lebih kuat kali ni.

Turut dilaporkan:
"Pihak polis memberi tiga amaran, setiap satu selang seminit yang mengarahkan kami supaya bersurai. Trak meriam air Unit Simpanan Persekutuan kemudian mengejar (orang ramai) dan cuba menyembur air kimia. Tiada masa yang cukup untuk bersurai.

"Apabila saya cuba bersurai, tiba-tiba terasa satu tamparan kuat di belakang kepala saya. Semasa jatuh, saya rasa beberapa sepakan dan tendangan dihalakan ke kepala dan perut saya.

"Tiga orang yang saya percaya adalah anggota polis terus menyerang saya. Hidung dan mulut saya berdarah dan saya juga digari ketika saya terjatuh."

Dakwa Hanafi lagi, sepanjang dibelasah itu, penyerangnya menuduh dirinya sebagai 'pengkhianat negara' dan 'bodoh' kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut..

Gambar muka dan matanya yang lebam, juga ditunjukkan kepada pesuruhjaya Suhakam.

Ini adalah hari kedua siasatan dijalankan di hadapan panel tiga anggota yang diketuai oleh timbalan pengerusi Suhakam Datuk Khaw Lake Tee). - Ibid.
Jom kita kibarkan panji-panji himpunan BERSIH 3.0...










Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...